Identiti Korporat UMP
Identiti Korporat adalah salah satu komponen imej dalam membentuk strategi berkesan bagi memperkenalkan universiti. Logo UMP hendaklah digunakan secara konsisten dalam semua bahan promosi termasuk bahan bercetak dan elektronik. Tanggungjawab mempromosikan imej korporat secara seragam dan konsisten adalah tanggungjawab semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Imej UMP adalah terdiri dari 2 komponen seperti berikut dan kombinasi ini membentuk logo UMP yang lengkap :-
- Perletakan lambang (emblem); dan
- Teks nama serta singkatan nama (typeface) UMP di sebelah kanan lambang UMP.
Cap Dagangan UMP yang terdiri daripada logo, teks nama “Universiti Malaysia PAHANG ” dan singkatan “UMP” telah pun didaftarkan di bawah kelas-kelas berikut:-
i. Kelas 16 – bahan-bahan promosi seperti brosur;
ii. Kelas 17 – barangan saintifik;
iii. Kelas 41- Pendidikan
iv. Kelas 42- penyelidikan
Logo dan imej setiap jabatan/fakulti dari aspek perletakan lambang (emblem) dan typeface UMP di sebelah kanan lambang UMP diiringi nama jabatan/fakulti adalah seperti contoh berikut.
Representasi logo seharusnya tidak kurang daripada 23mm lebar dalam jarak mengufuk/melintang (horizontal) untuk memastikan keterlihatan dan gambaran ciri-cirinya yang jelas. Tiada had maksima representasi tetapi saiz yang dibesarkan haruslah mengikut penyepaduan skala. (Sila guna kekunci shift apabila menyeret pensaizan atau menggunakan peratusan yang sama apabila menggunakan alat pengukur)