Banner/Bunting dan Papan Iklan
Ciri-ciri Banner/Bunting/Papan Iklan yang berkesan :-
- Keterbacaan dan ketakterbacaan - Boleh dibaca dengan hanya sekali pandang atau mudah dibaca secara tidak sengaja. Hal ini bergantung pada penggunaan ayat dan ilustrasi yang ringkas dan menarik,
- Fokus - Tumpuan kepada mesej utama,
- Libatkan khalayak dengan mencipta dialog dan bukan monolog,
- Susunan reka letak mengikut tulisan abjad “Z” (kiri atas ke kanan bawah) dan susunan ilustrasi dan huruf yang sesuai akan menambah daya tarikan kepada khalayak,
- Penggunaan warna haruslah kontra dengan warna persekitaran supaya banner/bunting dan papan iklan tersebut menjadi tumpuan utama apabila dipandang,
- Gunakan imej yang dominan dan elakkan dari menggunakan imej yang kompleks.
- Serlahkan jenama dan jelaskan identiti korporat pengeluar maklumat dan maklumat untuk dihubungi,
- Saiz dan ketinggian banner/bunting dan papan iklan mestilah sesuai dengan jarak penglihatan;
- Lokasi yang strategik.