Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

pdf Memasyarakatkan Teknologi agenda keterampilan UMP Popular

By 2877 downloads

Download (pdf, 2.68 MB)

MEMASYARAKATKAN TEKNOLOGI AGENDA KETERAMPILAN UMP.pdf

15 tahun usia Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 16 Februari 2017 yang lalu dimaknakan dengan keterampilan cemerlang organisasi dan warga Universiti ini secara menyeluruh meliputi semua dimensi yang menyumbang kepada persepsi, tanggapan dan penilaian umum terhadap keunggulan dan ketulenan pencapaian yang cemerlang. 

Daripada hanya 303 mahasiswa pada tahun 2002, jumlahnya telah meningkat kepada 10,404 orang pada tahun 2016. Sehingga kini, UMP telah melahirkan seramai 16,812 graduan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. 

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, hasil komitmen warganya, universiti ini cemerlang dalam penarafan MyRA UMP dengan 4 Bintang, disenaraikan pada kedudukan ke-58 terbaik di dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking yang menyaksikan UMP berjaya meningkat 131 anak tangga berbanding kedudukan 189 dunia pada tahun 2015.

“Pencapaian ini adalah satu juzuk daripada banyak lagi aspek keterampilan yang perlu ditampilkan oleh UMP kepada umum. Justeru, cabaran yang mendepani kita kini ialah untuk mengupayakan goal congruence tersebut kepada aspek-aspek keterampilan UMP yang lain secara holistik. 

“Dengan tema “Memasyarakatkan Teknologi: Agenda Keterampilan UMP” telah tiba masanya bagi UMP melihat aspek peranan sosialnya secara strategik dengan memanfaatkan sumber dan bakat yang dimilikinya berdasarkan Petunjuk-petunjuk Utama Prestasi (KPIs) yang digariskan dalam Pelan Strategik UMP  bagi tahun 2016.

“Tema ini merujuk kepada gaya pendekatan tindakan UMP dalam menyediakan penyelesaian saintifik, teknikal atau inovasi terhadap sesuatu isu dan masalah yang dihadapi masyarakat.

“Penyelesaian tersebut secara langsung atau tidak langsungnya boleh disalurkan dalam bentuk hard technology atau soft technology secara interdisiplinari, atau dirujuk sebagai translational oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam Amanat Tahun Baharu beliau pada 12 Januari 2017 yang lalu,” katanya semasa menyampaikan Amanat Tahunan Naib Canselor UMP kepada seramai 5000 warga UMP di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.