Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

Lawatan Naib Canselor ke ICAMAN 2019

Satu rombongan delegasi yang diketuai oleh Prof. Dato’ Sri Dr Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim, Naib Canselor UMP dan diiringi oleh Dekan Fakulti Mekanikal dan Pembuatan, Prof. Dr. Rizalman Bin Mamat telah berjaya menganjurkan sebuah persidangan bersama di Jaipur, India pada 8-9 Mac 2019.
 
Persidangan yang diberi nama International Conference on Advanced in Mechanical Engineering and Nanotechnology (ICAMEN 2019) ini adalah hasil sulung daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh kedua dua universiti pada 8 Ogos 2018 yang lalu.
 
Persidangan ICAMEN 2019 yang bertempat di Manipal University Jaipur (MUJ), 2019 adalah sebuah persidangan antarabangsa dianjur bersama di antara UMP dan MUJ hasil cetusan idea keperluan kedua dua institusi untuk memanfaatkan pengiktirafan global diketuai oleh Dr Saiful Anwar Bin Che Ghani dan Dr Daing Mohamad Nafiz Bin Daing Idris sebagai wakil UMP dan Dr Santosh Patil wakil dari Department of Mechanical, MUJ. Persidangan ini telah berjaya mendapat penyertaan yang memberangsangkan dengan jumlah kertas kajian sebanyak lebih dari 200 dari seluruh dunia.
 

Misi dan visi UMP ini disokong oleh dasar dan operasi MUJ melalui ucapan aluan oleh Prof. (Dr.) Jagannath Korody, dekan Fakulti Kejuruteraan MUJ. MUJ sedang giat merombak kurikulum akademik di sana dengan memasukkan elemen Outcome Based Education (OBE) selari dengan pendidikan vokasional (TVET) yang sedang dijalankan di UMP. Perasmian ICAMEN2019 telah disempurnakan dengan ritual menyiram pokok hijau sebagai symbol kelestarian Pendidikan dan kerjasama di antara kedua dua institusi dari dua negara.

Di akhir persidangan, rombongan UMP ini telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Presiden MUJ, Professor Dr.  JK Prabhu di mana pelbagai perbincangan termasuk bertukar pandangan tentang amalan terbaik (best practice) dan kerjasama yang akan dibuat di masa hadapan di antara UMP dan MUJ.