Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

UMP-KYP metrai kerjasama akademik, penyelidikan dan penerbitan

mou kyp2 mou kyp4

Pekan, 5 Februari- Sebanyak tiga terbitan berkualiti Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Yayasan Pahang (YP) dilancarkan hari ini hasil kerjasama strategik yang dimanfaatkan kedua-dua pihak terutamanya dalam konteks pemantapan amalan tadbir urus, integriti dan etika.

Tiga jurnal ini adalah Journal of Integrity & Governance; ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS): The Development of Measurement and a Preliminary Study of Three Organisations dan Ethics, Corporate & Social Responsibility and Audit Services of SMEs.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof Dato Sri ts. Dr Daing Nasir berkata, keseriusan UMP meneroka prospek kerjasama dengan Yayasan Pahang ini antara lain adalah hasil komitmen, inisiatif dan peranan yang diterajui oleh dua ahli akademik kanan Universiti ini iaitu Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail dan Yang Hormat Profesor Dato’ Hasnah Haron dari Fakulti Pengurusan Industri.

Kerjasama ini juga membawa kepada penubuhan Pusat Tadbir Urus & Integriti (FGIC) di Fakulti Pengurusan Industri UMP sejak tahun 2016 yang merupakan hasil dukungan strategik bersama pihak Yayasan Pahang.

“Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat agenda jaringan UMP bersama Yayasan Pahang begitu aktif berjalan. Selain penubuhan FGIC, kerjasama tersebut turut merangkumi pembangunan Anti-Bribery Management System (ABMS) dan edisi sulung FGIC Conference On Governance & Integrity pada tahun 2017 yang telah dilancarkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,” katanya.

Selaras dengan tuntutan pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 terutamanya tiga lonjakannya iaitu Keunggulan Akademik, Keunggulan Penyelidikan serta Kemampanan Sosioekonomi dan Persekitaran, UMP turut memetrai kerjasama dengan KYP melalui memorandum persefahaman (MoU).

mou kyp5 mou kyp8

Tujuh skop dalam memorandum persefahaman antara UMP dan KYP yang meliputi kerjasama akademik, pertukaran staf, pengajian pascasiswazah, penganjuran persidangan, pembangunan bakat, pembangunan pelajar, penyelidikan bersama dan khidmat komuniti yang telah dikenal pasti oleh kedua-dua pihak.

Majlis menyaksikan Prof Dato Sri ts Dr Daing Nasir dan Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) , Prof Dato Dr ts Rosli Mohd Yunus menandatangani MoU. Turut sama Pengarah Urusan, Kolej Yayasan Pahang, Dato’ Norhishamuddin Yaacob yang juga Timbalan Pengurus Besar Yayasan Pahang dan Pengerusi Penasihat Akademik KYP, Dato' Dr Ahmad Haji Zainuddin.

Hasil kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pendidikan tinggi ini dari aspek pengembangan core business masing-masing, tetapi juga amat strategik dan signifikan bagi membantu KYP mencapai taraf Kolej Universiti tidak lama lagi.

Dalam masa yang sama turut berlangsung pelancaran IPS Massive Open Online Courses (MOOC) Modul Kursus Pasca Siswazah UMP hasil kerjasama Institut Pengajian Siswazah dan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (CIReL)