Pementasan Teater Mahasiswa UMP mendapat pujian
Gambang, 7 Mei – Persembahan Teater WARIS UMP dan SENANDIKA hasil penganjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) dan Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) mendapat pujian ramai apabila penonton yang hadir berpuashati dengan persembahan yang mendapat sambutan menggalakkan tatkala menyaksikan empat buah teater dipertontonkan baru-baru ini.
Antaranya adalah Roda Buat Laila, Le Jeu: La Julia dan Dorm 12 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang dan teater Bengkok yang menampilkan genre realism dan seram di UMP kampus Pekan.
Pengarah PSK, Abd. Rahman hj Safie berkata, hasil minat dan kesungguhan dalam bidang teater ini memberi peluang mahasiswa menonjolkan bakat dalam pementasan teater. Walaupun universiti tidak mempunyai program pengajian dalam bidang kesenian ini, ianya bukan halangan untuk mereka terus mengembangkan bakat serta menempa kejayaan dalam bidang seni.
“Pementasan teater ini bukanlah semata-mata hiburan, tetapi ianya menjadi wadah penyampaian ilmu, menyuntik motivasi dan pengajaran dalam setiap cerita yang dikisahkan. Bukan itu sahaja, mereka turut menaikkan nama UMP sebagai salah sebuah universiti teknologi yang berbakat dalam pementasan teater,” katanya.
Menurut Pegawai Kebudayaan UMP, Noor Afiza Mohd Asmi, sedar atau tidak, setiap teater yang dipentaskan mengajak penonton untuk sama-sama berfikir tentang mesej yang ingin disampaikan. Di samping itu, tujuan pementasan ini adalah untuk melahirkan aktivis teater yang bermotivasi tinggi dan berkemahiran dalam meningkatkan mutu teater tanahair.
Pementasan ini juga menonjolkan bakat pengarahan teater seperti Afendi Shah Zabri dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dalam teater Le Jeu: La Julia.
Beliau pernah mengarah Teater Eksperimental Tepuk Amai-Amai pada pementasan lalu.
Selain itu, dari fakulti yang sama, Nur Nazreena Zainuddin merupakan pengarah Teater Roda Buat Laila bersama pelajar Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Perisian (FSKKP), Mohd. Saffwan Mod Reip. Manakala Teater Bengkok mendapat pengarahan Abidah Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) manakala Teater Dorm 12 menampilkan Mohammad Rizal Mohd Ali dari FKP dan Mohamad Jazli Mohamad Jamal dari FSKKP sebagai pengarah.
Presiden SKK, Nur Najat Nadeera Abdul Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) yang juga terlibat dalam pementasan Le Jeu: La Julia berkata, pementasan bagi Roda Buat Laila dan Le Jeu: La Julia bermula dengan kisah persahabatan yang akhirnya bertukar kepada percintaan. Kisah ini berakhir dengan tragik apabila teraju utama dalam kedua-dua kisah ini terlibat dalam kemalangan.
Bagi Teater Bengkok dan Dorm 12 pula mengisahkan tentang kejadian seram yang berlaku disebabkan oleh permainan syaitan yang cuba mengaburi mata manusia. Kemuncaknya bermula apabila watak tersebut kembali mencari Tuhan yang Maha Esa dalam menyelesaikan segala persoalan yang timbul di atas peristiwa yang telah terjadi.
Gambang, 7 Mei – Persembahan Teater WARIS UMP dan SENANDIKA hasil penganjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) dan Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) mendapat pujian ramai apabila penonton yang hadir berpuashati dengan persembahan yang mendapat sambutan menggalakkan tatkala menyaksikan empat buah teater dipertontonkan baru-baru ini. Antaranya adalah Roda Buat Laila, Le Jeu: La Julia dan Dorm 12 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang dan teater Bengkok yang menampilkan genre realism dan seram di UMP kampus Pekan. Pengarah PSK, Abd. Rahman hj Safie berkata, hasil minat dan kesungguhan dalam bidang teater ini memberi peluang mahasiswa menonjolkan bakat dalam pementasan teater. Walaupun universiti tidak mempunyai program pengajian dalam bidang kesenian ini, ianya bukan halangan untuk mereka terus mengembangkan bakat serta menempa kejayaan dalam bidang seni. “Pementasan teater ini bukanlah semata-mata hiburan, tetapi ianya menjadi wadah penyampaian ilmu, menyuntik motivasi dan pengajaran dalam setiap cerita yang dikisahkan. Bukan itu sahaja, mereka turut menaikkan nama UMP sebagai salah sebuah universiti teknologi yang berbakat dalam pementasan teater,” katanya. Menurut Pegawai Kebudayaan UMP, Noor Afiza Mohd Asmi, sedar atau tidak, setiap teater yang dipentaskan mengajak penonton untuk sama-sama berfikir tentang mesej yang ingin disampaikan. Di samping itu, tujuan pementasan ini adalah untuk melahirkan aktivis teater yang bermotivasi tinggi dan berkemahiran dalam meningkatkan mutu teater tanahair. Pementasan ini juga menonjolkan bakat pengarahan teater seperti Afendi Shah Zabri dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dalam teater Le Jeu: La Julia. Beliau juga pernah mengarah Teater Eksperimental Tepuk Amai-Amai pada pementasan lalu.
Selain itu, dari fakulti yang sama, Nur Nazreena Zainuddin merupakan pengarah Teater Roda Buat Laila bersama pelajar Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Perisian (FSKKP), Mohd. Saffwan Mod Reip. Manakala Teater Bengkok mendapat pengarahan Abidah Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) manakala Teater Dorm 12 menampilkan Mohammad Rizal Mohd Ali dari FKP dan Mohamad Jazli Mohamad Jamal dari FSKKP sebagai pengarah. Pementasan bagi Roda Buat Laila dan Le Jeu: La Julia bermula dengan kisah persahabatan yang akhirnya bertukar kepada percintaan. Kisah ini berakhir dengan tragik apabila teraju utama dalam kedua-dua kisah ini terlibat dalam kemalangan. Manakala Teater Bengkok dan Dorm 12 pula mengisahkan tentang kejadian seram yang berlaku disebabkan oleh permainan syaitan yang cuba mengaburi mata manusia. Kemuncaknya bermula apabila watak tersebut kembali mencari Tuhan yang Maha Esa dalam menyelesaikan segala persoalan yang timbul di atas peristiwa yang telah terjadi. |