Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

Minggu Kesedaran budaya Keselamatan dan Kesihatan UMP

 

 

 

Gambang, 28 April- Dalam usaha memupuk budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMP 2017 (OSH WEEK UMP 2017) yang dianjurkan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO).
Bertemakan `Bersama Membina Budaya Pencegahan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melalui Intervensi Positif’ program  bagi meningkatkan kesedaran berkaitan peranan penting semua pihak dalam membentuk budaya pencegahan kemalangan melalui intervensi secara positif.
Menurut Pengarah Pejabat OSHMO, Muhammad Hairynizam Muhd Taib berkata, objektif utama OSH Week UMP 2017 adalah untuk mempromosi dan menjadikan OSH sebagai satu agenda penting UMP dalam melahirkan warga UMP yang cakna kepada keselamatan dan kesihatan sama ada di tempat kerja, rumah, jalan raya dan sebagainya.
“Penganjuran program ini akan menjadi pencetus dalam pembudayaan keselamatan dan kesihatan secara berterusan di universiti agar dapat menyokong pencapaian kecemerlangan UMP dalam pelbagai bidang. Ianya selaras dengan usaha merealisasikan Pelan Strategik UMP 2016 – 2020 bagi melonjakkan UMP sebagai universiti teknologi terunggul,” katanya.
Selain itu, pelbagai program dan aktiviti telah direncanakan  antaranya  OSH Night Movie yang berkisar tentang tragedi Deep Water Horizon, Ceramah Motivasi KKP oleh ‘OSH Guru’ iaitu Fakhrul Anwar Ahmad Affandi dan pameran KKP oleh agensi berkanun. Antara agensi yang mengambil bahagian termasuklah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Perkeso, SWCorp, Bomba, Jabatan Kesihatan Negeri, NIOSH, BSN Prudential dan Permula Chemicals.  
Turut berlangsung forum ‘Safety vs Security’ yang turut menampilkan Kamal Affendi, Penganalisis Jenayah Malaysia dan Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Mohd Idris sebagai panel jemputan, permainan Interaktif OSH yang memasukkan elemen mendidik serta Kutbah Jumaat mengaitkan isu OSH semasa dan kempen derma darah. Hadir sama merasmikan majlis adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin.
Disediakan oleh Mohd Harith Zubaidi Hashim dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO). 

Gambang, 28 April- Dalam usaha memupuk budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMP 2017 (OSH WEEK UMP 2017) yang dianjurkan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO).

Bertemakan `Bersama Membina Budaya Pencegahan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melalui Intervensi Positif’ program dapat meningkatkan kesedaran berkaitan peranan penting semua pihak dalam membentuk budaya pencegahan kemalangan melalui intervensi secara positif.

Menurut Pengarah Pejabat OSHMO, Muhammad Hairynizam Muhd Taib berkata, objektif utama OSH Week UMP 2017 adalah untuk mempromosi dan menjadikan OSH sebagai satu agenda penting UMP dalam melahirkan warga UMP yang cakna kepada keselamatan dan kesihatan sama ada di tempat kerja, rumah, jalan raya dan sebagainya.

“Penganjuran program ini akan menjadi pencetus dalam pembudayaan keselamatan dan kesihatan secara berterusan di universiti agar dapat menyokong pencapaian kecemerlangan UMP dalam pelbagai bidang. Ianya selaras dengan usaha merealisasikan Pelan Strategik UMP 2016 – 2020 bagi melonjakkan UMP sebagai universiti teknologi terunggul,” katanya.

 

Selain itu, pelbagai program dan aktiviti telah direncanakan  antaranya  OSH Night Movie yang berkisar tentang tragedi Deep Water Horizon, Ceramah Motivasi KKP oleh ‘OSH Guru’ iaitu Fakhrul Anwar Ahmad Affandi dan pameran KKP oleh agensi berkanun termasuklah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Perkeso, SWCorp, Bomba, Jabatan Kesihatan Negeri, NIOSH, BSN Prudential dan Permula Chemicals.  

Turut berlangsung forum ‘Safety vs Security’ yang turut menampilkan Kamal Affendi, Penganalisis Jenayah Malaysia dan Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Mohd Idris sebagai panel jemputan, permainan Interaktif OSH yang memasukkan elemen mendidik serta Kutbah Jumaat mengaitkan isu OSH semasa dan kempen derma darah. Hadir merasmikan majlis adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin.

Disediakan oleh Mohd Harith Zubaidi Hashim dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO). 

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 03-05-2017, 14:42:45