Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

Komuniti Kuala Pahang Masak Bubur Lambuk

 

                   

Pekan, 12 Jun- Sebanyak 13 kawah bubur lambuk disiapkan dalam Program Indahnya Ramadan UDA-Komuniti 1 Malaysia (KIM) anjuran Universiti Malaysia Pahang dan Uda Holdings Berhad di perkampungan nelayan Medan Ikan Bakar (MIB) Kuala Pahang pagi ini.
Program berjaya mengeratkan hubungan baik   dan kejituan sinergi antara UMP dan UDA dalam konteks pelaksanaan inisiatif berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi manfaat masyarakat terutamanya di Kuala Pahang.
Hadir dalam program Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Mohd Shafei Abdullah,  Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato Dr Daing Nasir Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya,  Dato’ Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali. Turut serta Penghulu Mukim Kuala Pahang, Hassan Mohamed Sukor dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid.
Selain UMP pasukan lain yang mengambil bahagian adalah Puteri UMNO Pekan, JKKK Kuala Pahang, Kunita Sri Kuala, Majlis Daerah Pekan, JKKK Beruas dan Komuniti 1 Malaysia/RTC
Dalam ucapannya, Datuk Mohd Shafie berkata, pihak UDA bakal membangunkan kawasan perumahan dan pembangunan di daerah Pekan melibatkan rumah kediaman PR1MA di kawasan seluas 512 ekar. 
"Justeru penganjuran program ini dapat mendekatkan pihaknya dengan masyarakat di sini. Merancakkan Program Indahnya Ramadan pihaknya telahpun mengadakan program CSR dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan termasuklah di Johor Bahru dan Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu menurut Dato’ Sri Sheikh Mohamed Puzi, penganjuran program ini dapat mempromosikan Kuala Pahang sebagai pusat tarikan pengunjung yang mana pembangunannya bakal dinikmati dapat dimanfaatkan masyarakat setempat.
 
Manakala Dato Dr Daing Nasir berbesar hati dengan kerjasama ini dalam usaha membantu masyarakat setempat. Menurutnya sepanjang bulan Ramadan, warga UMP menyediakan makanan secara bergotong-royong bergilir mengikut jabatan  untuk pelajar berbuka puasa di Masjid UMP di Pekan dan Gambang. Bersempena program ini, seramai 1000 pelajar bakal berbuka puasa hari ini bersama tajaan pihak UDA.
Program menyaksikan pertandingan memasak bubur lambuk dimenangi kumpulan RTC diikuti kedua Kunita Sri Kuala dan kumpulan Puteri UMNO Pekan di tempat ketiga. Sebanyak hampir 4000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat.

Pekan, 12 Jun- Sebanyak 13 kawah bubur lambuk disiapkan dalam Program Indahnya Ramadan UDA-Komuniti 1 Malaysia (KIM) anjuran Universiti Malaysia Pahang dan Uda Holdings Berhad di perkampungan nelayan Medan Ikan Bakar (MIB) Kuala Pahang pagi ini.

Program berjaya mengeratkan hubungan baik   dan kejituan sinergi antara UMP dan UDA dalam konteks pelaksanaan inisiatif berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi manfaat masyarakat terutamanya di Kuala Pahang.

Hadir dalam program Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah,  Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato Dr Daing Nasir Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya,  Dato’ Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali. Turut serta Penghulu Mukim Kuala Pahang, Hassan Mohamed Sukor dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid.

                      

Selain UMP pasukan lain yang mengambil bahagian adalah Puteri UMNO Pekan, JKKK Kuala Pahang, Kunita Sri Kuala, Majlis Daerah Pekan, JKKK Beruas dan Komuniti 1 Malaysia/RTC.

Dalam ucapannya, Datuk Mohd Shafie berkata, pihak UDA bakal membangunkan kawasan perumahan dan pembangunan di daerah Pekan melibatkan cadangan rumah kediaman PR1MA di kawasan seluas 512 ekar.  "Justeru penganjuran program ini dapat mendekatkan pihaknya dengan masyarakat di sini. Merancakkan Program Indahnya Ramadan pihaknya telahpun mengadakan program CSR dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan termasuklah di Johor Bahru dan Kuala Lumpur," katanya.

                     

Sementara itu menurut Dato’ Sri Sheikh Mohamed Puzi, penganjuran program ini dapat mempromosikan Kuala Pahang sebagai pusat tarikan pengunjung yang mana pembangunannya bakal dinikmati dapat dimanfaatkan masyarakat setempat. Manakala Dato Dr Daing Nasir berbesar hati dengan kerjasama ini dalam usaha membantu masyarakat setempat. Menurutnya sepanjang bulan Ramadan, warga UMP menyediakan makanan secara bergotong-royong bergilir mengikut jabatan  untuk pelajar berbuka puasa di Masjid UMP di Pekan dan Gambang. Bersempena program ini, seramai 1000 pelajar bakal berbuka puasa hari ini bersama tajaan pihak UDA.

Program menyaksikan pertandingan memasak bubur lambuk dimenangi kumpulan RTC diikuti kedua Kunita Sri Kuala dan kumpulan Puteri UMNO Pekan di tempat ketiga. Sebanyak hampir 4000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat.