Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

Inovasi PPRN tingkatkan produktiviti IKS

Kuantan, 6 April- Program Siri Jelajah Public- Private Research Network (PPRN) 2017 @ Pahang berjaya menarik penyertaan industri untuk meningkatkan inovasi dalam menangani permasalahan teknologi atau teknikal dalam pengeluaran produk, proses dan perkhidmatan yang dalam masa yang sama menggalakkan penyertaan ahli akademik melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven).
 
Inisiatif PPRN ini juga dapat meningkatkan produktiviti perusahaan kecil sederhana (IKS) dengan kerjasama 466 orang pakar penyelidik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) melalui 634 projek yang dipadankan telah berjaya membantu 451 syarikat Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) meningkatkan produktiviti dan pengeluaran.
 
Program siri jelajah ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Nik Ali Mat Yunus Hadir sama Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim.  
Dalam ucapan perasmiannya beliau menyarankan agar perusahaan dan syarikat Malaysia dapat meningkatkan daya saing dan produktiviti mereka agar dapat bersaing dengan pasaran ASEAN yang bersifat kompetitif sebelum ke peringkat yang lebih global.
Ujarnya, pendekatan yang inovatif dan holistik perlu segera diambil bagi memastikan perusahaan dan syarikat Malaysia dapat meningkatkan daya saing dan produktiviti mereka agar dapat bersaing dengan pasaran ASEAN yang bersifat kompetitif sebelum ke peringkat yang lebih global.
pengusaha-pengusaha PKS seharusnya lebih proaktif dalam mengubah trend semasa daripada aktiviti bernilai rendah dan berintensif sumber kepada aktiviti berintensifkan teknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti, berdaya maju dan bernilai tinggi.
Ianya selaras dengan pelaksaaan PPRN dalam agenda nasional di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah teras Strategik 6 untuk menjana kekayaan melalui inovasi dengan memperkukuhkan kerjasama antara industry dan academia melalui perantara, katanya
 
Manakala menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir, kerjasama awam-swasta telah dikenalpasti sebagai antara pengupaya yang signifikan dalam konteks pembangunan negara. Kini universiti dan institusi penyelidikan awam turut berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem perkongsian pintar dengan komuniti industri dan perniagaan secara lestari. UMP turut melihat bahawa dalam konteks pertumbuhan ekonomi nasional, sektor awam dan industri adalah saling bergantungan
 
“Platform PPRN ini menyediakan ruang kepada universiti-universiti awam untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam konteks rangsangan ekonomi melalui khidmat rundingcara teknikal dengan mengambilkira faktor dasar semasa kerajaan dan produktiviti industri serta perniagaan,” katanya dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang hari ini.
 
Ujar beliau, UMP sentiasa komited untuk mendukung agenda PPRN yang diterajui pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini dalam konteks pengwujudan ekosistem mesra pengetahuan (knowledge-friendly ecosystem) yang mana pengetahuan dihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan awam dapat disebarkan bagi manfaat industri dan perniagaan yang memerlukannya.
 
Dalam konteks penterjemahan agenda PPRN di Universiti ini, Pusat Keusahawanan UMP telah dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan untuk menyusun strategi pelaksanaan yang berkaitan untuk diselaraskan dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020. Sehingga akhir tahun 2016, UMP telah menyumbang kepakaran teknikalnya kepada 10 projek di bawah inisiatif PPRN dengan perolehan pembiayaan sebanyak RM357, 000 dari Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Selain itu, misi inisiatif PPRN yang memberi tumpuan kepada penjanaan pengetahuan dan perkongsian kepakaran daripada pihak universiti kepada komuniti industri dan perniagaan turut senada dengan tagline ‘Memasyarakatkan Teknologi’ yang mendasari pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020.
 
Dalam hubungan tersebut, UMP melihat tiga perkara berikut sebagai cabaran strategik yang perlu ditangani bagi memastikan keberhasilan inisiatif PPRN iaitu menggalakkan penyertaan ahli akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven) dan meningkatkan produktivi PKS dan industri melalui adaptasi state-of-the-art atau teknologi yang bersesuaian. Selain itu, memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT kepada pengusaha PKS dan industri.
 
Turut berlangsung seminar libat urus dengan PKS dan para penyelidik negeri Pahang turut diadakan dalam siri jelajah ini bagi memastikan projek PPRN yang berbentuk demand-driven dapat diterjemahkan sebagai solusi kepada isu-isu teknikal atau teknologi yang dihadapi oleh PKS. Ini juga selaras dengan Lonjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi): 2015-2025 dalam hasrat untuk meningkatkan peranan IPT dalam pembangunan ekosistem inovasi.
 
PPRN turut menawarkan geran pemadanan sehingga RM50,000 bagi setiap projek dan terbuka kepada semua syarikat berdaftar di Malaysia yang memerlukan inovasi serta penambahbaikan produk atau proses bagi produk atau perkhidmatan yang telah dikomersilkan daripada segi teknologi atau teknikal.
 
Bagi menyebar luas inisiatif ini, PPRN turut berkongsi kisah kejayaan enam (6) projek inovasi yang antaranya termasuklah projek kerjasama antara syarikat Al-Ekhwan Enterprise dengan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi pengurusan sisa air pembersihan industri melalui kaedah semulajadi tanpa mencemarkan alam sekitar.
 
Sebanyak 36 produk dipamerkan membabitkan penyelidik dari UMP dan universiti awam yang lain. Manakala antara syarikat terlibat adalah My Synergy Factors (M) Sdn Bhd, Prematters Supply & Services, Neopragmatik Sdn Bhd, Bee Park (Pahang) Sdn. Bhd, Koperasi MRSM Lenggong Bhd, Rozsa Engineering and Supply dan Nano Malaysia Berhad. Turut berlangsung bengkel dan fasiliti tatacara dan penulisan permasalahan teknologi permohonan PPRN yang diadakan bersama rakan industri.

m