UMP dan PKPP bantu anak yatim mangsa Tsunami Aceh tingkat kualiti hidup
Aceh (Indonesia), 11 Mei- Dalam merealisasikan hasrat universiti terhadap memasyarakatkan teknologi, baru-baru ini Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) menjalankan Program Misi Kemanusiaan We Love We Care dengan membantu masyarakat dan anak-anak yatim serta miskin yang tinggal di Rumah Kebajikan Nurul Dayah Banda Aceh.
Dalam program siri kedua ini seramai 40 orang sukarelawan menjalankan khidmat komuniti dengan membantu membersihkan persekitaran tempat tinggal, menaiktaraf kolam air bagi keperluan memasak, mengecat dan mewujudkan kemudahan perpustakaan bagi menyuntik semangat pentingnya pendidikan dalam kalangan anak-anak.
Menurut Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Kualiti), Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail berkata, selain menghulurkan sumbangan dan keprihatinan warga UMP dan PKPP bagi membantu mereka untuk mendapatkan keperluan asas yang lebih baik, program pada kali ini memfokuskan aktiviti kesedaran meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan diri dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan, penjagaan gigi dan kepentingan pendidikan.
Katanya, dalam misi pertama UMP membantu dalam menyalurkan keperluan penapis air bersih dan memasang lampu untuk menambah pencahayaan di rumah kebajikan ini.
“Pada kali ini kami membangunkan mini perpustakaan dengan menempatkan sudut bacaan yang agak selesa untuk dimanfaatkan anak-anak. Kita juga telah membawa seramai 40 pelajar mendapat pakaian sekolah baharu sebagai memberi semangat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh,” katanya.
Selain program mobiliti yang dijalankan mahasiswa, usaha ini dilihat sebagai suatu inisiatif menyokong agenda kesukarelawanan yang dilaksanakan UMP ke arah menjadikan universiti ini dikenali sebagai Universiti Komuniti yang mana kerja khidmat sosial ini diiktiraf dunia.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Projek Sosial PKPP, Roslan Mohd. Ali berkata, kerjasama bersama UMP ini membolehkan pihaknya berpeluang menyertai program khidmat masyarakat dengan menghulurkan sumbangan dengan bersama-sama bergotong-royong menyediakan jamuan makan, menambahbaik kemudahan dan menjalankan aktiviti bersama anak-anak di sini.
Hadir sama dalam Rektor Universitas Teuku Umar (UTU), Prof. Dr. Jasman J. Ma’ruf dan isterinya, Ardawalisa Abdurahman yang juga Ketua Darmawanita UTU yang banyak menyalurkan maklumat tentang rumah kebajikan ini.
Bagi Pengurus Rumah Kebajikan, Abu Khushairi Nordin, 32 berkata, pihaknya bersyukur dengan sumbangan pihak luar dan UMP yang menghulurkan sumbangan dan menggembirakan anak-anak dengan bermacam aktiviti yang menyeronokkan mereka. Di samping menyampaikan barang keperluan asas dalam meneruskan kelangsungan hidup di penempatan ini khususnya bakal menyambut bulan Ramadan tdak lama lagi.
Sementara itu, mahasiswa UMP, Razita Syahirah Mustafar dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian berkata, pengalamannya tinggal bersama anak-anak yatim di sini sangat mengisafkan dan menyeru mahasiswa untuk bergiat aktif dalam misi kesukarelawanan bagi membantu insan yang memerlukan. Begitu juga dengan Muhammad Asraf Badarunzaman dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam. Beliau berpeluang menyumbang tenaga dalam menaiktaraf kemudahan kolam air untuk dimanfaatkan penghuni rumah ini dalam mendapatkan air bersih.
Aceh (Indonesia), 11 Mei- Dalam merealisasikan hasrat universiti terhadap memasyarakatkan teknologi, baru-baru ini Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) menjalankan Program Misi Kemanusiaan We Love We Care dengan membantu masyarakat dan anak-anak yatim serta miskin yang tinggal di Rumah Kebajikan Nurul Dayah Banda Aceh. Program yang masuk siri kedua ini membabitkan seramai 40 orang sukarelawan menjalankan khidmat komuniti dengan membantu membersihkan persekitaran tempat tinggal, menaiktaraf kolam air bagi keperluan memasak, mengecat dan mewujudkan kemudahan perpustakaan bagi menyuntik semangat pentingnya pendidikan dalam kalangan anak-anak.
Menurut Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Kualiti), Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail berkata, selain menghulurkan sumbangan dan keprihatinan warga UMP dan PKPP bagi membantu mereka untuk mendapatkan keperluan asas yang lebih baik, program pada kali ini memfokuskan aktiviti kesedaran meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan diri dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan, penjagaan gigi dan kepentingan pendidikan. Katanya, dalam misi pertama UMP membantu dalam menyalurkan keperluan penapis air bersih dan memasang lampu untuk menambah pencahayaan di rumah kebajikan ini. “Pada kali ini kami membangunkan mini perpustakaan dengan menempatkan sudut bacaan yang agak selesa untuk dimanfaatkan anak-anak. Kita juga telah membawa seramai 40 pelajar mendapat pakaian sekolah baharu sebagai memberi semangat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh,” katanya.
Selain program mobiliti yang dijalankan mahasiswa, usaha ini dilihat sebagai suatu inisiatif menyokong agenda kesukarelawanan yang dilaksanakan UMP ke arah menjadikan universiti ini dikenali sebagai Universiti Komuniti yang mana kerja khidmat sosial ini diiktiraf dunia. Sementara itu, Pengurus Pembangunan Projek Sosial PKPP, Roslan Mohd. Ali berkata, kerjasama bersama UMP ini membolehkan pihaknya berpeluang menyertai program khidmat masyarakat dengan menghulurkan sumbangan dengan bersama-sama bergotong-royong menyediakan jamuan makan, menambahbaik kemudahan dan menjalankan aktiviti bersama anak-anak di sini. Hadir sama dalam Rektor Universitas Teuku Umar (UTU), Prof. Dr. Jasman J. Ma’ruf dan isterinya, Ardawalisa Abdurahman yang juga Ketua Darmawanita UTU yang banyak menyalurkan maklumat tentang rumah kebajikan ini.
Bagi Pengurus Rumah Kebajikan, Abu Khushairi Nordin, 32 berkata, pihaknya bersyukur dengan sumbangan pihak luar dan UMP yang menghulurkan sumbangan dan menggembirakan anak-anak dengan bermacam aktiviti yang menyeronokkan mereka. Di samping menyampaikan barang keperluan asas dalam meneruskan kelangsungan hidup di penempatan ini khususnya bakal menyambut bulan Ramadan tdak lama lagi. Sementara itu, mahasiswa UMP, Razita Syahirah Mustafar dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian berkata, pengalamannya tinggal bersama anak-anak yatim di sini sangat mengisafkan dan menyeru mahasiswa untuk bergiat aktif dalam misi kesukarelawanan bagi membantu insan yang memerlukan. Begitu juga dengan Muhammad Asraf Badarunzaman dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam. Beliau berpeluang menyumbang tenaga dalam menaiktaraf kemudahan kolam air untuk dimanfaatkan penghuni rumah ini untuk mendapatkan air bersih.
|