Diaclean produk mesra alam bantu pesakit buah pinggang
Diaclean produk mesra alam bantu pesakit buah pinggang |
Kuantan, 15 Mac – Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan produk mencuci penapis buah pinggang sintetik yang digunakan dalam rawatan hemodialisis yang dikenali sebagai Diaclean yang mesra alam sesuai dengan apa bentuk dialisis yang mampu menjimatkan kos ditanggung pesakit. Sehingga kini ianya telah digunakan di sembilan buah pusat dialisis seluruh negara dengan dengan lebih 250 orang pesakit.
Diaclean dihasilkan menerusi penyelidikan Prof. Dato’ Dr. Zularisam Ab Wahid merupakan Pengarah UMP Renal Care Sdn. Bhd iaitu anak anak syarikat UMP. Beliau yang juga Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan di universiti ini berkata, idea menjalankan kajian ini tercetus apabila melihat sendiri kos yang tinggi terpaksa ditanggung pesakit semasa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Hemodialisis.
Katanya, Diaclean mula dibangunkan sejak tahun 2008 dengan dengan mendapat geran daripada UMP serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan mula dipasarkan sejak tahun 2014.
Dato’ Zularisam berkata, antara kelebihan Diaclean adalah dapat menjimatkan kos hemodialisis yang ditanggung pesakit dan pusat rawatan kerana harganya lebih murah serta mampu mencuci penapis buah pinggang sintetik untuk jumlah yang lebih banyak berbanding produk dari luar negara namun tahap kualitinya tetap sama.
Ujarnya, sebelum ini ramai pesakit ataupun pusat rawatan hemodialisis menggunakan produk daripada luar negara dan Dialclean adalah produk tempatan yang pertama seumpamanya dihasilkan di negara ini.
“Harga bagi 10 liter Diaclean adalah RM300 yang lebih murah berbanding dengan produk sama dikeluarkan di luar negara antaranya dari Amerika Syarikat yang dijual dengan harga RM570 bagi 10 liter.
"Diaclean mampu mencuci penapis buah pinggang sintetik dengan lebih banyak iaitu antara 10 hingga 15 kali, ia bermakna kos hemodialisiss pesakit buah pinggang dapat dijimatkan kerana kebiasaannya pesakit perlu menjalani proses itu antara lapan sehingga 12 kali sebulan.
Apa yang lebih menariknya produk ini juga boleh digunakan tanpa was-was kerana mendapat status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kita adalah pengeluar pertama di Malaysia mengeluarkan produk seumpama itu," katanya
Selain itu juga produk ini juga turut mendapat penarafan standard ISO 13485:2003 yang membuktikan produk berkenaan adalah berkualiti dan ianya juga diperbuat berdasarkan teknologi hijau.
"Bahan utama dalam penghasilan Diaclean adalah cuka makanan dan produk ini dihasilkan sesuai untuk digunakan semua peralatan serta sesuai dengan diet pemakanan rakyat Malaysia.
"Produk dari luar negara ada kalanya tidak sesuai dengan semua peralatan yang digunakan dalam hemodialisis di Malaysia kerana tidak menepati diet penduduk tempatan, jadi kita dapat lihat Diaclean dapat mengatasi masalah ini," katanya.
Antara pusat rawatan hemodialisis di negeri ini yang sudah menggunakan produk ini termasuklah di Pusat Hemodialisis Islam Makmur dan Pusat Rawatan Dialisis Fitra Kuantan. Beliau berharap produk ini terus diterima manfaat oleh masyarakat dan pusat rawatan termasuk hospital kerajaan yang ada segelintir daripadanya sudah menyatakan persetujuan, bagaimanapun pihaknya perlu mendapatkan kelulusan menerusi Akta Peralatan Perubatan terlebih dahulu.
Penyelidikan ini juga berjaya mendapat tempat di pameran penyelidikan dengan meraih pingat emas dan mendapat Best Of The Best di Pameran Kreativiti, Inovasi, Teknologi & Penyelidikan (Citrex ’12).
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat
Kuantan, 15 Mac – Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan produk mencuci penapis buah pinggang sintetik yang digunakan dalam rawatan hemodialisis yang dikenali sebagai Diaclean yang mesra alam sesuai dengan apa bentuk dialisis yang mampu menjimatkan kos ditanggung pesakit. Sehingga kini ianya telah digunakan di sembilan buah pusat dialisis seluruh negara dengan dengan lebih 250 orang pesakit. Diaclean dihasilkan menerusi penyelidikan Prof. Dato’ Dr. Zularisam Ab Wahid merupakan Pengarah UMP Renal Care Sdn. Bhd iaitu anak anak syarikat UMP. Beliau yang juga Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan di universiti ini berkata, idea menjalankan kajian ini tercetus apabila melihat sendiri kos yang tinggi terpaksa ditanggung pesakit semasa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Hemodialisis. Katanya, Diaclean mula dibangunkan sejak tahun 2008 dengan dengan mendapat geran daripada UMP serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan mula dipasarkan sejak tahun 2014. Dato’ Zularisam berkata, antara kelebihan Diaclean adalah dapat menjimatkan kos hemodialisis yang ditanggung pesakit dan pusat rawatan kerana harganya lebih murah serta mampu mencuci penapis buah pinggang sintetik untuk jumlah yang lebih banyak berbanding produk dari luar negara namun tahap kualitinya tetap sama. Ujarnya, sebelum ini ramai pesakit ataupun pusat rawatan hemodialisis menggunakan produk daripada luar negara dan Diaclean adalah produk tempatan yang pertama seumpamanya dihasilkan di negara ini. “Harga bagi 10 liter Diaclean adalah RM300 yang lebih murah berbanding dengan produk sama dikeluarkan di luar negara antaranya dari Amerika Syarikat yang dijual dengan harga RM570 bagi 10 liter. "Diaclean mampu mencuci penapis buah pinggang sintetik dengan lebih banyak iaitu antara 10 hingga 15 kali, ia bermakna kos hemodialisiss pesakit buah pinggang dapat dijimatkan kerana kebiasaannya pesakit perlu menjalani proses itu antara lapan sehingga 12 kali sebulan. Apa yang lebih menariknya produk ini juga boleh digunakan tanpa was-was kerana mendapat status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kita adalah pengeluar pertama di Malaysia mengeluarkan produk seumpama itu," katanya
Selain itu juga produk ini juga turut mendapat penarafan standard ISO 13485:2003 yang membuktikan produk berkenaan adalah berkualiti dan ianya juga diperbuat berdasarkan teknologi hijau. "Bahan utama dalam penghasilan Diaclean adalah cuka makanan dan produk ini dihasilkan sesuai untuk digunakan semua peralatan serta sesuai dengan diet pemakanan rakyat Malaysia. "Produk dari luar negara ada kalanya tidak sesuai dengan semua peralatan yang digunakan dalam hemodialisis di Malaysia kerana tidak menepati diet penduduk tempatan, jadi kita dapat lihat Diaclean dapat mengatasi masalah ini," katanya. Antara pusat rawatan hemodialisis di negeri ini yang sudah menggunakan produk ini termasuklah di Pusat Hemodialisis Islam Makmur dan Pusat Rawatan Dialisis Fitra Kuantan. Beliau berharap produk ini terus diterima manfaat oleh masyarakat dan pusat rawatan termasuk hospital kerajaan yang ada segelintir daripadanya sudah menyatakan persetujuan, bagaimanapun pihaknya perlu mendapatkan kelulusan menerusi Akta Peralatan Perubatan terlebih dahulu. Penyelidikan ini juga berjaya mendapat tempat di pameran penyelidikan dengan meraih pingat emas dan mendapat Best Of The Best di Pameran Kreativiti, Inovasi, Teknologi & Penyelidikan (Citrex ’12). Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat |