Kerjasama UMP dan Helan No.1 High School tingkat pelajar antarabangsa
Kerjasama UMP dan Helan No.1 High School tingkat pelajar antarabangsa |
Kuantan, 16 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) jalin kerjasama dengan Helen No.1 High School Ningxia China (Helen) bagi mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (PIE) untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar antarabangsa yang bakal mengikuti pengajian mereka di peringkat ijazah di universiti ini. Program membabitkan tenaga pengajar dan pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) ini akan membantu pelajar antarabangsa untuk meningkatkan pengguasaan Bahasa Inggeris agar memudahkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti seharian ketika melanjutkan pengajian di universiti.
Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Pengetua Helen No.1 High School, Wu Zjijian dan Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Helen, Zhang Xuexin. Hadir sama Zhang Lirong, pensyarah Bahasa Inggeris, Helan No. 1 High School dan Pengarah Beijing Guangxinruifong Education Consultancy Co. Ltd, Niu Changqing.
Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir, hubungan kerjasama antara UMP dengan institusi pendidikan di China telahpun berjalan sejak tujuh tahun sehingga tertubuhnya Pusat Kebudayaan dan Bahasa Mandarin (MLCC) hasil hubungan baik dengan Hebei University pada 2011.
"Rundingan kerjasama ini dimulakan sejak tahun lalu menerusi beberapa siri kunjungan sehingga satu persetujuan dicapai yang mana UMP akan berkongsi kepakaran dalam mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi program PiE ini kepada seramai 30 pelajar daripada Helen untuk kohort pertama mulai tahun 2019 akan datang,” katanya.
Tambah beliau, hasil daripada program kerjasama akademik ini juga akan memberi peluang kepada UMP dalam meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa di universiti ini serta mempromosikan nama UMP di peringkat antarabangsa terutamanya di Negara China.
Pada masa ini terdapat seramai 20 orang pelajar universiti dari Ning Xia dan Gui Zhou menyertai program mobiliti di UMP. Selain itu, pihak MLCC juga mengendalikan program mobility melibatkan pelajar dari Hebei University and Hebei University of Science and Technology (HEBUST) pada tahun lalu. UMP juga memetrai perjanjian dengan Polytechnic College of Hebei University of Science & Technology (PCHEBUST) dalam menawarkan program akademik. Program kerjasama akademik ini membabitkan program dwiijazah bagi Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan kepujian.
Tambah beliau, hasil daripada program kerjasama akademik ini juga akan memberi peluang kepada UMP dalam meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa seiring dengan pencapaian Pelan Strategik UMP 2016-2020 bagi Lonjakan Strategik1 : Keunggulan Akademik di universiti ini serta mempromosikan nama UMP di peringkat antarabangsa terutamanya di Negara China. Melalui program kerjasama akademik ini, juga bakal meningkat nilai lepasan graduan UMP dalam industri pasaran kerja sama ada di Malaysia ataupun di China pada masa akan datang.
Kuantan, 16 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) jalin kerjasama dengan Helan No.1 High School Ningxia China (Helan) bagi mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (PIE) untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar antarabangsa yang bakal mengikuti pengajian mereka di peringkat ijazah di universiti ini. Program membabitkan tenaga pengajar dan pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) ini akan membantu pelajar antarabangsa untuk meningkatkan pengguasaan Bahasa Inggeris agar memudahkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti seharian ketika melanjutkan pengajian di universiti. Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Pengetua Helan No.1 High School, Wu Zjijian dan Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Helan, Zhang Xuexin. Hadir sama Zhang Lirong, pensyarah Bahasa Inggeris, Helan No. 1 High School dan Pengarah Beijing Guangxinruifong Education Consultancy Co. Ltd, Niu Changqing. Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir, hubungan kerjasama antara UMP dengan institusi pendidikan di China telahpun berjalan sejak tujuh tahun sehingga tertubuhnya Pusat Kebudayaan dan Bahasa Mandarin (MLCC) hasil hubungan baik dengan Hebei University pada 2011. "Rundingan kerjasama ini dimulakan sejak tahun lalu menerusi beberapa siri kunjungan sehingga satu persetujuan dicapai yang mana UMP akan berkongsi kepakaran dalam mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi program PiE ini kepada seramai 30 pelajar daripada Helan untuk kohort pertama mulai tahun 2019 akan datang,” katanya. Tambah beliau, hasil daripada program kerjasama akademik ini juga akan memberi peluang kepada UMP dalam meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa di universiti ini serta mempromosikan nama UMP di peringkat antarabangsa terutamanya di Negara China.
Pada masa ini terdapat seramai 20 orang pelajar universiti dari Ning Xia dan Gui Zhou menyertai program mobiliti di UMP. Selain itu, pihak MLCC juga mengendalikan program mobility melibatkan pelajar dari Hebei University and Hebei University of Science and Technology (HEBUST) pada tahun lalu. UMP juga memetrai perjanjian dengan Polytechnic College of Hebei University of Science & Technology (PCHEBUST) dalam menawarkan program akademik. Program kerjasama akademik ini membabitkan program dwiijazah bagi Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan kepujian. Tambah beliau, hasil daripada program kerjasama akademik ini juga akan memberi peluang kepada UMP dalam meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa seiring dengan pencapaian Pelan Strategik UMP 2016-2020 bagi Lonjakan Strategik1 : Keunggulan Akademik di universiti ini serta mempromosikan nama UMP di peringkat antarabangsa terutamanya di Negara China. Melalui program kerjasama akademik ini, juga bakal meningkat nilai lepasan graduan UMP dalam industri pasaran kerja sama ada di Malaysia ataupun di China pada masa akan datang. Disediakan oleh Bahagian komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor |