Pelajar empower ECER cemerlang raih 9 A
Pelajar empower ECER cemerlang raih 9 A |
Kuantan, 16 Mac- Peserta program empower ECER, Nurul Amiera Afindi mencatat sejarah SMK Lepar nuat kulung kalinya apabila meraih semua A (9A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum semalam. Turut cemerlang peserta ECER lain adalah Farah Izzati Md Rodzi (6A), Iffah Dayana Shamsul Baharin (5A) dan Kong Mei Yun A/P Kong Kah Hoe (6A).
Nurul Amiera yang merupakan anak kedua daripada lima adik- beradik menjadikan fokus utama dalam kelas dan kerap membuat latih tubi sebagai resepi kejayaan dalam peperiksaan kali ini.
Sementara itu, peserta ECER dari SMK Paloh Hinai, Choi Ah Bob A/L Choi Ko Onn,18, muncul pelajar orang asli cemerlang di negeri Pahang apabila meraih 6A dalam SPM kali ini. Beliau merupakan merupakan anak ketiga daripada empat adik- beradik. Kematian ayahnya, Choi Ko Onn tidak menghalang Choi Ah Bob meneruskan usaha mengikut jejak abangnya yang cemerlang, Choi Ah Tom yang kini sedang mengikuti pelajaran Tingkatan 6 di SMK Ahmad Pekan. Baginya, program empower akademik termasuk mengikuti kelas tambahan dan teknik menjawab soalan banyak membantunya meraih kejayaan ini.
Hadir sama menyaksikan pengumuman di dewan sekolah SMK Lepar adalah Pen. Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Jamil Ismail, Pengurus Besar Jabatan Sosio Ekonomi dan Projek Khas UMP Advanced Education, Zainal Bahari yang juga Pengarah Projek ECER UMP serta Pengetua SMK Lepar, Haniza Hashim.
Menurut Prof. Dr. Jamil berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan pelajar dan UMP turut memikul tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam konteks transformasi landskap literasi pengetahuan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat di sekitarnya menerusi program Latihan Akademik Empower ECER yang dijalankan.
“Keberkesanan dan kelestarian inisiatif ini banyak bergantung kepada sinergi yang berterusan dan jalinan yang harmoni antara pihak UMP menerusi UMP Advanced Education dan ECERDC dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah yang membabitkan seramai 1142 pelajar dari 22 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah sekitar Kuantan, Pekan dan Bera," katanya.
Manakala menurut Zainal, pihaknya mengadakan sebanyak 11 program yang dilaksanakan dalam program empower ECER iaitu Program Guru Pakar, Program Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa, Program Sains, Matematik dan Teknologi, Program Mencatat Nota Secara Efektif, Program Super Camp, Kem Pendidikan, Empower Akademik, Karnival Sains dan Matematik, Empower Boot Camp, Program Cekap Matematik dan English Camp merupakan pengupaya tambahan daripada pihak UMP dan ECERDC sebagai sokongan terhadap usaha berterusan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah-daerah yang terlibat dan sekolah-sekolah yang berkenaan.
Beliau juga menasihatkan pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma dan sebagainya dinasihatkan mendapatkan informasi pengajian tinggi mengikut bidang pengajian yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik masing-masing sebelum membuat pilihan mengikuti program yang ditawarkan.
Dengan tagline ‘Memasyarakatkan Teknologi’, UMP menggerakkan pelbagai agenda, inisiatif dan program yang membolehkan kewujudan UMP dapat dilihat, dirasai dan didengari oleh masyarakat akar-umbi bagi manfaat transformasi kehidupan dan masa hadapan mereka.
Selain pembangunan akademik, program empower ECER turut memberi tumpuan terhadap program peningkatan pendapatan bagi golongan belia, ibu tunggal dan individu-individu yang tidak berpendapatan tetap di daerah Pekan, Kuantan dan Bera yang dijalankan dengan sokongan membabitkan pihak Persatuan Wanita UMP.
Kuantan, 16 Mac- Peserta program empower ECER, Nurul Amiera Afindi mencatat sejarah SMK Lepar buat julung kalinya apabila meraih semua A (9A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum semalam. Turut cemerlang peserta ECER lain adalah Farah Izzati Md Rodzi (6A), Iffah Dayana Shamsul Baharin (5A) dan Kong Mei Yun A/P Kong Kah Hoe (6A). Nurul Amiera yang merupakan anak kedua daripada lima adik- beradik menjadikan fokus utama dalam kelas dan kerap membuat latih tubi sebagai resepi kejayaan dalam peperiksaan kali ini. Sementara itu, peserta ECER dari SMK Paloh Hinai, Choi Ah Bob A/L Choi Ko Onn,18, muncul pelajar orang asli cemerlang di negeri Pahang apabila meraih 6A dalam SPM kali ini. Beliau merupakan merupakan anak ketiga daripada empat adik- beradik. Kematian ayahnya, Choi Ko Onn tidak menghalang Choi Ah Bob meneruskan usaha mengikut jejak abangnya yang cemerlang, Choi Ah Tom yang kini sedang mengikuti pelajaran Tingkatan 6 di SMK Ahmad Pekan. Baginya, program empower akademik termasuk mengikuti kelas tambahan dan teknik menjawab soalan banyak membantunya meraih kejayaan ini.
Hadir sama menyaksikan pengumuman di dewan sekolah SMK Lepar adalah Pen. Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Jamil Ismail, Pengurus Besar Jabatan Sosio Ekonomi dan Projek Khas UMP Advanced Education, Zainal Bahari yang juga Pengarah Projek ECER UMP serta Pengetua SMK Lepar, Haniza Hashim. Menurut Prof. Dr. Jamil berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan pelajar dan UMP turut memikul tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam konteks transformasi landskap literasi pengetahuan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat di sekitarnya menerusi program Latihan Akademik Empower ECER yang dijalankan. “Keberkesanan dan kelestarian inisiatif ini banyak bergantung kepada sinergi yang berterusan dan jalinan yang harmoni antara UMP Advanced Education dan ECERDC dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah yang membabitkan seramai 1142 pelajar dari 22 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah sekitar Kuantan, Pekan dan Bera," katanya. Manakala menurut Zainal, sebanyak 11 program dilaksanakan dalam program empower ECER iaitu Program Guru Pakar, Program Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa, Program Sains, Matematik dan Teknologi, Program Mencatat Nota Secara Efektif, Program Super Camp, Kem Pendidikan, Empower Akademik, Karnival Sains dan Matematik, Empower Boot Camp, Program Cekap Matematik dan English Camp merupakan pengupaya tambahan daripada pihak UMP dan ECERDC sebagai sokongan terhadap usaha berterusan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah-daerah yang terlibat dan sekolah-sekolah yang berkenaan.
Prof. Dr. Jamil juga menasihatkan pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma dan sebagainya dinasihatkan mendapatkan informasi pengajian tinggi mengikut bidang pengajian yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik masing-masing sebelum membuat pilihan mengikuti program yang ditawarkan. Dengan tagline ‘Memasyarakatkan Teknologi’, UMP menggerakkan pelbagai agenda, inisiatif dan program yang membolehkan kewujudan UMP dapat dilihat, dirasai dan didengari oleh masyarakat akar-umbi bagi manfaat transformasi kehidupan dan masa hadapan mereka. Selain pembangunan akademik, program empower ECER turut memberi tumpuan terhadap program peningkatan pendapatan bagi golongan belia, ibu tunggal dan individu-individu yang tidak berpendapatan tetap di daerah Pekan, Kuantan dan Bera yang dijalankan dengan sokongan membabitkan pihak Persatuan Wanita UMP. Dalam pada masa yang sama, UMP juga mengadakan taklimat haluan pendidikan tinggi dan tatacara permohonan dalam Sistem UPU Online yang dijalankan pegawai dari Bahagian Pengurusan Akademik untuk memberi nasihat dan khidmat rundingcara bagi membantu lepasan pelajar untuk membuat permohonan berdasarkan kelayakan akademik masing-masing. Disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Naib Canselor
|