CITREX pamer penyelidikan UMP
CITREX pamer penyelidikan UMP |
Kuantan, 16 Mac – Seramai 298 penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempamerkan hasil penyelidikan dalam Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX) yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini. Penganjuran CITREX merupakan medan mempamerkan hasil penyelidikan antara UMP dan masyarakat dapat ditonjolkan dalam pelbagai lapangan, sama ada kerjasama penyelidikan, pemindahan pengetahuan, pendedahan teknologi mahupun perkongsian pengalaman membabitkan 176 staf akademik dan 122 mahasiswa universiti ini. Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. daing Nasir Ibrahim berkata, sebagai sebuah medan pembudayaan aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat umbi di universiti ini, penganjuran CITREX mampu menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berkualiti dan berimpak tinggi sebagaimana yang diaspirasikan melalui pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020. “Penyelidikan kini lebih mensasarkan kepada impak yang memberi pulangan manfaat kepada komuniti yang memerlukan ataupun yang dapat memasyarakatkan teknologi supaya produk atau inovasi penyelidikan yang cuba ditampilkan melalui pertandingan dan pameran ini mempunyai keseimbangan dari sudut potensi pengkomersialan, manfaat kepada masyarakat dan penjanaan pengetahuan atau teknologi baharu,” katanya. Selain itu, ujar beliau UMP akan mengenalpasti penyelidik-penyelidik yang berbakat untuk digilap sebagai agen transformasi komuniti melalui inovasi yang dihasilkan sama ada dalam bentuk hard technology atau soft technology. Beliau percaya penyelidik muda ini yang akan memainkan peranan besar dalam mengembangkan agenda memasyarakatkan teknologi berdasarkan model Quadruple Helix yang menyaksikan pertalian sinergi antara akademia, kerajaan, industri dan komuniti. Justeru katanya, penganjuran CITREX adalah antara inisiatif dalam memasyarakatkan universiti ini melalui saluran yang formal yang dikombinasikan dengan kaedah penyebaran maklumat dan pengetahuan secara informal. Malahan penganjuran CITREX 2017 ini membolehkan UMP dikenali dengan lebih dekat, kewujudannya sebagai sebuah institusi yang inklusif dapat dilihat, dirasai dan didengari.
Dalam pada itu Dato’ Dr Daing Nasir menyampaikan anugerah kepada pemenang pertandingan yang menyaksikan Green Technology Award yang disumbangkan oleh Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (CERRM) dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Arun Gupta, Most Commercial IT Innovation Award sumbangan Pusat Kecemerlangan COE IBM dianugerahkan kepada Dr.Md. Arafatur Rahman, Best Invention in Fluids sumbangan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) kategori pelajar dimenangi oleh Norazlin Hassan dan kategori staf diraih oleh Dr.Ngein Su Kong.
Manakala Automotive Excellence Award yang disumbangkan oleh Pusat Kecemerlangan Automotif AEC dianugerahkan buat Dr. Fiwi Yohaness Hagos dan Innovative Engineering Technology Award IETA sumbangan pihak Fakulti Teknologi Kejuruteraan dimenangi Dr. Yasir h. Naif.
Bagi anugerah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni dimenangi oleh Nurul Akma Mohamad Rani. Anugerah terbaik Best of The Best Award kategori pelajar dimenangi oleh Harraz Irfan Nazaruddin dan Dr.Md. Arafatur Rahman menang bagi kategori staf. Hadir sama dalam majlis, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato Dr Rosli Mohd Yunus dan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.
Dalam pada itu Dato’ Dr Daing Nasir menyampaikan anugerah kepada pemenang pertandingan yang menyaksikan Green Technology Award yang disumbangkan oleh Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (CERRM) dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Arun Gupta, Most Commercial IT Innovation Award sumbangan Pusat Kecemerlangan COE IBM dianugerahkan kepada Dr.Md. Arafatur Rahman, Best Invention in Fluids Award sumbangan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) kategori pelajar dimenangi oleh Norazlin Hassan dan kategori staf diraih oleh Dr.Ngien Su Kong. Manakala Automotive Excellence Award yang disumbangkan oleh Pusat Kecemerlangan Automotif AEC dianugerahkan buat Dr. Fiwi Yohaness Hagos dan Innovative Engineering Technology Award IETA sumbangan pihak Fakulti Teknologi Kejuruteraan dimenangi Dr. Yasir H. Naif. Bagi anugerah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni dimenangi oleh Nurul Akma Mohamad Rani. Anugerah terbaik Best of The Best Award kategori pelajar dimenangi oleh Harraz Irfan Nazaruddin dan Dr.Md. Arafatur Rahman menang bagi kategori staf. Hadir sama dalam majlis, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato Dr Rosli Mohd Yunus dan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.
Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Naib Canselor
|