UMP CONSULTANCY & TRAINING SDN BHD MEMETERAI MOA DENGAN TENAGA SWICTHGEAR SDN BHD
UMP CONSULTANCY & TRAINING SDN BHD MEMETERAI MOA DENGAN TENAGA SWICTHGEAR SDN BHD |
Kota Damansara, 14 Mac – Satu majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoA) antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui anak syarikatnya iaitu UMP Consultancy & Training Sdn Bhd (UCT) dan Tenaga Swicthgear Sdn Bhd (TSG) iaitu anak syarikat kepada TNB Berhad telah diadakan di pejabat TSG, Kota Damansara, Selangor.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan UMP Holdings & Kumpulan iaitu Syed Hamzah Al Junid Syed Abdul Rahman, manakala TSG diwakili oleh Pengarah Urusannya aitu Datuk Mohd Hisham Ab Halim.
Menurut Syed Hamzah, melalui kerjasama ini, UMP melalui kepakaran di Pusat Kecemerlangan IBM (IBMCoE) akan membangunkan sistem “Product Database Solution” dan “Resource Planning Solution” bagi memenuhi keperluan pihak TSG.
"Ianya membolehkan maklumat berkenaan produk dan servis mereka dapat dicapai secara atas talian melaui aplikasi Android, iOS dan juga laman sesawang. Selain itu perisian ini dibangunkan bagi membolehkan semua data-data syarikat terintegrasi dengan baik," katanya.
Kerjasama ini juga merupakan salah satu agenda bagi UMP sebagai sebuah universiti Pekan Strategik UMP 2016-2020 dalam memasyarakatkan teknologi serta kepakaran yang ada di universiti ini.
Kota Damansara, 14 Mac – Satu majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoA) antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui anak syarikatnya iaitu UMP Consultancy & Training Sdn Bhd (UCT) dan Tenaga Swicthgear Sdn Bhd (TSG) iaitu anak syarikat kepada TNB Berhad telah diadakan di pejabat TSG, Kota Damansara, Selangor. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan UMP Holdings & Kumpulan iaitu Syed Hamzah Al Junid Syed Abdul Rahman, manakala TSG diwakili oleh Pengarah Urusannya aitu Datuk Mohd Hisham Ab Halim. Menurut Syed Hamzah, melalui kerjasama ini, UMP melalui kepakaran di Pusat Kecemerlangan IBM (IBMCoE) akan membangunkan sistem “Product Database Solution” dan “Resource Planning Solution” bagi memenuhi keperluan pihak TSG. "Ianya membolehkan maklumat berkenaan produk dan servis mereka dapat dicapai secara atas talian melaui aplikasi Android, iOS dan juga laman sesawang. Selain itu perisian ini dibangunkan bagi membolehkan semua data-data syarikat terintegrasi dengan baik," katanya. Kerjasama ini juga merupakan salah satu agenda bagi UMP sebagai sebuah universiti Pekan Strategik UMP 2016-2020 dalam memasyarakatkan teknologi serta kepakaran yang ada di universiti ini. Disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor |