UMP cemerlang dalam Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul
Kuantan, 4 Disember- Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempamerkan kecemerlangan apabila meraih lima pingat dalam Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIFF) 2016 yang berlangsung di Hall A, Coex Mall, Korea, baru-baru ini.
Dua pingat emas telah diraih oleh Prof.Dr. Md Mustafizur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menerusi kajian Eco Coolant for Green Machining Processes dan Dr Devarajan A/L Ramasamy dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) menerusi penyelidikan Dissimilar Cam Profile (DCP) for Airflow Improvement In A CNG Fuelled Engine.
Tiga pingat perak pula telah dimenangi oleh Dr Essam Abdellatif Makky Saleh dari Fakulti Sains & Teknologi Industri, menerusi penyelidikan Effective Mouthwash. Begitu juga dengan Dr. Saiful Anwar Che Ghani dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menerusi penyelidikan Wrehab - A Rehab Device to Assist Wrist Recovery of Brain Injury Patient dan Dr Sumaiya Zainal Abidin dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) menerusi penyelidikan Sulfonated Hypercrosslinked Exchange Resin (SHER) as Catalyst.
Naib Canselor UMP, Prof. Dato’Dr. Daing Nasir Ibrahim melahirkan ucapan tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama UMP sehingga ke peringkat antarabangsa.
Ujarnya kejayaan ini amat membanggakan universiti apabila hasil penyelidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada para penyelidik UMP untuk terus mencipta produk yang dapat dikomersialkan, katanya.
Pameran SIFF 2016 itu merupakan anjuran Korea Invention Promotion Association (KIPA) dengan disertai 31 negara termasuk Malaysia.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat
Kuantan, 4 Disember- Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempamerkan kecemerlangan apabila meraih lima pingat dalam Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIFF) 2016 yang berlangsung di Hall A, Coex Mall, Korea, baru-baru ini. Dua pingat emas telah diraih oleh Prof.Dr. Md Mustafizur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menerusi kajian Eco Coolant for Green Machining Processes dan Dr Devarajan A/L Ramasamy dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) menerusi penyelidikan Dissimilar Cam Profile (DCP) for Airflow Improvement In A CNG Fuelled Engine. Tiga pingat perak pula telah dimenangi oleh Dr Essam Abdellatif Makky Saleh dari Fakulti Sains & Teknologi Industri, menerusi penyelidikan Effective Mouthwash. Begitu juga dengan Dr. Saiful Anwar Che Ghani dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menerusi penyelidikan Wrehab - A Rehab Device to Assist Wrist Recovery of Brain Injury Patient dan Dr Sumaiya Zainal Abidin dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) menerusi penyelidikan Sulfonated Hypercrosslinked Exchange Resin (SHER) as Catalyst. Naib Canselor UMP, Prof. Dato’Dr. Daing Nasir Ibrahim melahirkan ucapan tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama UMP sehingga ke peringkat antarabangsa. Ujarnya kejayaan ini amat membanggakan universiti apabila hasil penyelidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada para penyelidik UMP untuk terus mencipta produk yang dapat dikomersialkan, katanya. Pameran SIFF 2016 itu merupakan anjuran Korea Invention Promotion Association (KIPA) dengan disertai 31 negara termasuk Malaysia. |