RERC terbit jurnal berfokuskan nadir bumi
Kuantan, 19 Disember- Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang menerbitkan jurnal berkaitan logam kritikal bukan sahaja berfokuskan nadir bumi tetapi juga logam kritikal yang lain seperti emas dan platinum.
Journal of Malaysian Critical Metals (MyCM) diketuai Pengarah RERC, Prof. Dato’ Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz yang juga Editor-in-Chief ini memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan logam kritikal Malaysia seperti logam dari unsur-unsur kumpulan nadir bumi, PGM dan beberapa logam strategik lain untuk Malaysia.
Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Badhrulhisham, dalam memperkasa peranan RERC sebagai satu-satunya pusat penyelidikan berkaitan logam kritikal nadir bumi di Malaysia, pihaknya sentiasa menyebarluaskan ilmu dan kefahaman berkaitan logam kritikal terutamanya nadir bumi menerusi penyelidikan, ujikaji serta latihan dan seminar.
“Beberapa penyelidik lain yang berpengalaman dalam bidang masing-masing juga dilantik sebagai sidang editor. Jurnal MyCM ini menerbitkan artikel-artikel yang dinilai oleh pakar dalam bidang berkaitan (peer-reviewed), bersifat akses secara terbuka (open-access) dan akan dalam usaha mendapatkan pengiktiran badan berindeks dalam masa terdekat ini,” katanya.
Jurnal MyCM dilancarkan semasa penganjuran International Conference on Chemical Engineering & Industrial Biotechnology (ICCEIB 2016) di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada 29 November 2016.
Antara skop pengisian dalam penerbitan MyCM adalah Fundamental Aspects (Chemical and Physical Properties) of Critical Metals,Processing and Refining of Critical Metals,Urban Mining and Occurrences of Critical Metals, Environmental Protection and Impact of Critical Metals. Recycling of Critical Metals Resources,Current Situation and Development of Critical Metals Industry,Application of Critical Metals,Global R&D of New Materials based Critical Metals.
Penghantaran artikel penuh dan artikel berbentuk review adalah dibuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan MyCM boleh diajukan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi terus editor MyCM ditalian 09-5493307. Maklumat lanjut berkaitan MyCM boleh dicapai melalui portal http://mycm.ump.edu.my/.
Kuantan, 19 Disember- Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang menerbitkan jurnal berkaitan logam kritikal bukan sahaja berfokuskan nadir bumi tetapi juga logam kritikal yang lain seperti emas dan platinum. Journal of Malaysian Critical Metals (MyCM) diketuai Pengarah RERC, Prof. Dato’ Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz yang juga Editor-in-Chief ini memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan logam kritikal Malaysia seperti logam dari unsur-unsur kumpulan nadir bumi, PGM dan beberapa logam strategik lain untuk Malaysia.
Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Badhrulhisham, dalam memperkasa peranan RERC sebagai satu-satunya pusat penyelidikan berkaitan logam kritikal nadir bumi di Malaysia, pihaknya sentiasa menyebarluaskan ilmu dan kefahaman berkaitan logam kritikal terutamanya nadir bumi menerusi penyelidikan, ujikaji serta latihan dan seminar. “Beberapa penyelidik lain yang berpengalaman dalam bidang masing-masing juga dilantik sebagai sidang editor. Jurnal MyCM ini menerbitkan artikel-artikel yang dinilai oleh pakar dalam bidang berkaitan (peer-reviewed), bersifat akses secara terbuka (open-access) dan akan dalam usaha mendapatkan pengiktiran badan berindeks dalam masa terdekat ini,” katanya.
Jurnal MyCM dilancarkan semasa penganjuran International Conference on Chemical Engineering & Industrial Biotechnology (ICCEIB 2016) di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada 29 November 2016. Antara skop pengisian dalam penerbitan MyCM adalah Fundamental Aspects (Chemical and Physical Properties) of Critical Metals,Processing and Refining of Critical Metals,Urban Mining and Occurrences of Critical Metals, Environmental Protection and Impact of Critical Metals. Recycling of Critical Metals Resources,Current Situation and Development of Critical Metals Industry,Application of Critical Metals,Global R&D of New Materials based Critical Metals.
Penghantaran artikel penuh dan artikel berbentuk review adalah dibuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan MyCM boleh diajukan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi terus editor MyCM ditalian 09-5493307. Maklumat lanjut berkaitan MyCM boleh dicapai melalui portal http://mycm.ump.edu.my/. |