Program Mobiliti kenali sosio ekonomi penduduk Yogyakarta
Yogyakarta,16 Disember- Seramai 10 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) menyertai Program Mobiliti Asean 2016 di Yogyakarta selama lima hari bagi menyelami kehidupan masyarakat di sini.
Peserta juga berpeluang melihat sendiri prasarana dan corak kerja yang diamalkan oleh pekerja industri di sekitar Yogyakarta, Indonesia sebagai sumber utama pekerjaan penduduk. Tidak ketinggalan berkunjung ke Madubaru yang merupakan kilang memproses tebu kepada gula, alkohol dan batu bata.
Bagi Nor Atikasuria Masri, 22, banyak pengalaman yang dapat ditimba sewaktu mengadakan proram khidmat sosial bersama mahasiswa Universitas Ahmad Dahlan dalam membantu pelajar Pondok Pesantren Modern: Muhammadiyah Boarding School, Yogyakarya.
“Program sebegini dapat menjana pertukaran sosio-budaya antara mahasiswa dalam meningkatkan pembangunan jati diri dan nilai nilai intelek dalam diri mahasiswa untuk dilaksanakan sewaktu berada di perantauan,” katanya.
Begitu juga dengan pelajar Amira Asmiza Ramli, 22, penyertaan sebegini memberi impak positif kepada mahasiswa untuk dapat melihat dunia luar. Katanya, program yang diikuti ini amat bersesuaian dengan pengajian mereka dalam berkongsi ilmu Sains dan Kimia bersama pelajar Pondok Pesantren.
Manakala bagi Penolong Pendaftar UMP, Nazmi Shahdan, program ini merupakan inisiatif bagi mengadakan program khidmat komuniti bersama masyarakat yang memerlukan di Indonesia di samping mempromosikan UMP di luar negara.
Yogyakarta,16 Disember- Seramai 10 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) menyertai Program Mobiliti Asean 2016 di Yogyakarta selama lima hari bagi menyelami kehidupan masyarakat di sini. Peserta juga berpeluang melihat sendiri prasarana dan corak kerja yang diamalkan oleh pekerja industri di sekitar Yogyakarta, Indonesia sebagai sumber utama pekerjaan penduduk. Tidak ketinggalan berkunjung ke Madubaru yang merupakan kilang memproses tebu kepada gula, alkohol dan batu bata.
Bagi Nor Atikasuria Masri, 22, banyak pengalaman yang dapat ditimba sewaktu mengadakan proram khidmat sosial bersama mahasiswa Universitas Ahmad Dahlan dalam membantu pelajar Pondok Pesantren Modern: Muhammadiyah Boarding School, Yogyakarya.
“Program sebegini dapat menjana pertukaran sosio-budaya antara mahasiswa dalam meningkatkan pembangunan jati diri dan nilai nilai intelek dalam diri mahasiswa untuk dilaksanakan sewaktu berada di perantauan,” katanya. Begitu juga dengan pelajar Amira Asmiza Ramli, 22, penyertaan sebegini memberi impak positif kepada mahasiswa untuk dapat melihat dunia luar. Katanya, program yang diikuti ini amat bersesuaian dengan pengajian mereka dalam berkongsi ilmu Sains dan Kimia bersama pelajar Pondok Pesantren. Manakala bagi Penolong Pendaftar UMP, Nazmi Shahdan, program ini merupakan inisiatif bagi mengadakan program khidmat komuniti bersama masyarakat yang memerlukan di Indonesia di samping mempromosikan UMP di luar negara. |