JKNC/R Bincang Hala Tuju Universiti Bagi Tingkatkan Kualiti
Sintok, 22 Januari – Seramai 15 Naib Canselor dan Rektor dan lima wakil daripada Universiti Awam (UA) serta tiga daripada Jabatan Pendidikan Tinggi telah menghadiri Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor (JKNC/R) Universiti Awam selama dua hari mulai 21 Januari di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tuan rumah.
Jawatankuasa yang menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA setiap tiga bulan itu berperanan membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.
JKNC/R juga berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara.
Selain itu, JKNC/R mempunyai peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.
Mesyuarat JKNC/R kali ini juga turut melantik Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Pengerusi JKNC/R yang baharu. Turut berlangsung pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan Senat UUM.
Menurut Dato’ Dr. Daing Nasir, pihak jawatankuasa juga menghargai kehadiran Pengerusi Lembaga Teknologis Malaysia, Tan Sri Dato' Dr. Ahmad Zaidee Laidin dalam membentangkan peranan Lembaga Jurutera Malaysia (MBOT) yang berperanan memberikan status profesional kepada graduan dalam bidang teknologi.
“Badan profesional ini juga akan memainkan peranan utama bagi mengiktiraf kerjaya teknologis termasuk menentukan hala tuju kerjaya dan mengawal selia mutu teknologis yang dihasilkan oleh negara. MBOT juga mampu memperkasakan pendidikan teknikal dalam transformasi Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan pendidikan Teknikal serta Latihan Vokasional (TVET),” katanya.
Selain itu, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMap) menawarkan program dan mengeluarkan graduan Teknologis Kejuruteraan berkemahiran tinggi turut menyokong usaha memperkasakan teknologi kejuruteraan.
Sempena Mesyuarat JKNC/R, beberapa program turut diadakan seperti DiscoveryUUM dengan melawat pokok tiga beradik, Taman Rusa, Varsity Mall dan aktiviti punting dalam kampus serta Majlis Makan Malam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir yang baharu dilantik baru-baru ini. Turut berlangsung Mesyuarat MTUN yang dipengerusikan Naib Canselor UTEM, Datuk Dr. Shahrin Sahib di Hotel EDC UUM.
Sintok, 22 Januari – Seramai 15 Naib Canselor dan Rektor dan lima wakil daripada Universiti Awam (UA) serta tiga daripada Jabatan Pendidikan Tinggi telah menghadiri Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor (JKNC/R) Universiti Awam selama dua hari mulai 21 Januari di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tuan rumah.
Jawatankuasa yang menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA setiap tiga bulan itu berperanan membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti. JKNC/R juga berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. Selain itu, JKNC/R mempunyai peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Mesyuarat JKNC/R kali ini juga turut melantik Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Pengerusi JKNC/R yang baharu. Turut berlangsung pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan Senat UUM.
Menurut Dato’ Dr. Daing Nasir, pihak jawatankuasa juga menghargai kehadiran Pengerusi Lembaga Teknologis Malaysia, Tan Sri Dato' Dr. Ahmad Zaidee Laidin dalam membentangkan peranan Lembaga Jurutera Malaysia (MBOT) yang berperanan memberikan status profesional kepada graduan dalam bidang teknologi. “Badan profesional ini juga akan memainkan peranan utama bagi mengiktiraf kerjaya teknologis termasuk menentukan hala tuju kerjaya dan mengawal selia mutu teknologis yang dihasilkan oleh negara. MBOT juga mampu memperkasakan pendidikan teknikal dalam transformasi Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan pendidikan Teknikal serta Latihan Vokasional (TVET),” katanya.
Selain itu, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMap) menawarkan program dan mengeluarkan graduan Teknologis Kejuruteraan berkemahiran tinggi turut menyokong usaha memperkasakan teknologi kejuruteraan. Sempena Mesyuarat JKNC/R, beberapa program turut diadakan seperti DiscoveryUUM dengan melawat pokok tiga beradik, Taman Rusa, Varsity Mall dan aktiviti punting dalam kampus serta Majlis Makan Malam. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir yang baharu dilantik baru-baru ini. Turut berlangsung Mesyuarat MTUN yang dipengerusikan Naib Canselor UTEM, Datuk Dr. Shahrin Sahib di Hotel EDC UUM.
|