Kursus Kejurulatihan Certified NLP Bina Keyakinan Luar Biasa
Kursus Kejurulatihan Certified NLP Bina Keyakinan Luar Biasa |
Putrajaya, 18 Januari –Seramai tujuh orang staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama 400 peserta lain dalam kalangan warga pendidikan tinggi menerima Sijil Kursus Kejurulatihan Certified NLP 2015 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Jusoh bertempat di Dewan Zába Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya baru-baru ini.
Hadir menerima sijil adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Ketua Pentadbiran JHEPA, Mohd Nazri Samsudin, Penolong Pendaftar, Mohd Nor Hisham Yusof @ Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan, Muhamad Faisal Mohd Yasin, Pegawai Psikologi , Fara Hazlini Mohd Som dan Nurazila Osman serta Pengetua Kolej Kediaman 2 , Nasrul Salim Pakheri.
Program merupakan hasrat Dato’ Seri Idris dalam usaha membangunkan agenda negara selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( Pendidikan Tinggi) bagi mendorong kecemerlangan berterusan dalam pembangunan diri rakyat Malaysia kursusnya warga pendidikan tinggi.
“Program ini bertujuan untuk melatih seberapa ramai pegawai dengan kemahiran dalam menggunakan teknik NLP dalam melaksanakan tugasan harian termasuklah dalam proses pembelajaran bersama pelajar,”.
“NLP merupakan suatu kaedah hubungan antara proses neurologi (Neuro) dan bahasa ( linguistic) bagi mengubah pola perilaku melalui program minda untuk mencapai tujuan tertentu yang akan dapat membantu pembangunan diri pegawai melalui tindakan yang lebih strategik,” kata Dato’ Seri Idris semasa menyampaikan ucapan.
Tambahnya lagi, kursus ini telah bermula pada 14 September tahun lalu dengan pelaksanaan lima siri Kursus Kejurulatihan Certified NLP sepanjang tahun lalu dengan kerjasama Akademi NLP Malaysia untuk melatih warga pendidikan tinggi dengan kemahiran NLP.
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, berpendapat program NLP ini merupakan satu program bersifat coaching bagi memberi bantuan untuk potensi luar biasa individu. Selain itu, menerusi kursus ini peserta dapat membina keyakinan, daya fikir serta konsultansi yang baik kepada individu untuk menyelesaikan masalah.
Katanya, kursus yang dihadiri selama empat hari ini banyak mendedahkan teknik baru dalam menyelesaikan masalah seseorang itu menerusi kaedah terbaik dengan mengubah minda negatif kepada positif.
Selain itu peserta diajar tentang bagaimana untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan yang melibatkan ceramah secara teori dan amali. Tambahnya program ini juga dapat meningkatkan keupayaan keberkesanan komunikasi dengan client serta dapat memenuhi linguistik bahasa yang digunakan dalam perlakuan manusia ang didasari oleh tiga kriteria utama iaitu dengan melihat, dengar dan rasa.
Kemahiran ini pastinya dapat mempertingkatkan usaha universiti dalam meningkatkan kaedah penyampaian dan menjalinkan hubungan baik dengan lebih berkesan.
Disediakan oleh Nor Salwana Mohd. Idris dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC
Putrajaya, 18 Januari –Seramai tujuh orang staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama 400 peserta lain dalam kalangan warga pendidikan tinggi menerima Sijil Kursus Kejurulatihan Certified NLP 2015 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Jusoh bertempat di Dewan Zába Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya baru-baru ini. Hadir menerima sijil adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Ketua Pentadbiran JHEPA, Mohd Nazri Samsudin, Penolong Pendaftar, Mohd Nor Hisham Yusof @ Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan, Muhamad Faisal Mohd Yasin, Pegawai Psikologi , Fara Hazlini Mohd Som dan Nurazila Osman serta Pengetua Kolej Kediaman 2 , Nasrul Salim Pakheri. Program merupakan hasrat Dato’ Seri Idris dalam usaha membangunkan agenda negara selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( Pendidikan Tinggi) bagi mendorong kecemerlangan berterusan dalam pembangunan diri rakyat Malaysia kursusnya warga pendidikan tinggi. “Program ini bertujuan untuk melatih seberapa ramai pegawai dengan kemahiran dalam menggunakan teknik NLP dalam melaksanakan tugasan harian termasuklah dalam proses pembelajaran bersama pelajar,”. “NLP merupakan suatu kaedah hubungan antara proses neurologi (Neuro) dan bahasa ( linguistic) bagi mengubah pola perilaku melalui program minda untuk mencapai tujuan tertentu yang akan dapat membantu pembangunan diri pegawai melalui tindakan yang lebih strategik,” kata Dato’ Seri Idris semasa menyampaikan ucapan.
Tambahnya lagi, kursus ini telah bermula pada 14 September tahun lalu dengan pelaksanaan lima siri Kursus Kejurulatihan Certified NLP sepanjang tahun lalu dengan kerjasama Akademi NLP Malaysia untuk melatih warga pendidikan tinggi dengan kemahiran NLP. Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, berpendapat program NLP ini merupakan satu program bersifat coaching bagi memberi bantuan untuk potensi luar biasa individu. Selain itu, menerusi kursus ini peserta dapat membina keyakinan, daya fikir serta konsultansi yang baik kepada individu untuk menyelesaikan masalah. Katanya, kursus yang dihadiri selama empat hari ini banyak mendedahkan teknik baru dalam menyelesaikan masalah seseorang itu menerusi kaedah terbaik dengan mengubah minda negatif kepada positif. Selain itu peserta diajar tentang bagaimana untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan yang melibatkan ceramah secara teori dan amali. Tambahnya program ini juga dapat meningkatkan keupayaan keberkesanan komunikasi dengan client serta dapat memenuhi linguistik bahasa yang digunakan dalam perlakuan manusia ang didasari oleh tiga kriteria utama iaitu dengan melihat, dengar dan rasa. Kemahiran ini pastinya dapat mempertingkatkan usaha universiti dalam meningkatkan kaedah penyampaian dan menjalinkan hubungan baik dengan lebih berkesan. |