Ump Melestarikan Budaya Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Disediakan oleh:
Dr. Norazura Ismail
Pengerusi DSSCM IV
Pensyarah Fakulti TeknologI Kejuruteraan (FTEK)
Malaysia telah mencapai peningkatan ketara dalam standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan di mana kadar kemalangan di tempat kerja telah menurun daripada 11.0/1000 pekerja pada tahun 2000 kepada 3.1/1,000 pekerja pada tahun 2015. Usaha untuk terus melonjakkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke peringkat yang lebih tinggi dalam melindungi majikan dan pekerja di negara ini telah dibuat oleh pihak kerajaan melalui Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 (OSHMP 2020) yang telah dirangka dan dilancarkan baru-baru ini oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia. Antara objektif OSHMP 2020 ini adalah untuk mengurangkan kadar kematian kepada 4.36/100,000 pekerja dan kadar kemalangan kepada 2.53/1,000 pekerja, serta peningkatan pelaporan penyakit dan keracunan pekerjaan sebanyak 30% menjelang tahun 2020. Ini sejajar dengan hasrat negara untuk merialisasikan matlamat negara ke arah pembentukan negara maju dengan mengamalkan “Budaya Pencegahan” menjelang tahun 2020. Bagi menjayakan hasrat ini semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing ke arah merialisasikan matlamat negara ini.
Atas dasar keperihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat sejagat, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTeK), Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan melestarikan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dengan menganjurkan pelbagai program di peringkat Universiti sehinggalah peringkat komuniti yang mencakupi penggunaan pelbagai pendekatan. Selain menerapkan budaya KKP menerusi pendidikan formal di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah secara sepenuh masa dan separuh masa, FTeK juga turut menggembleng tenaga dengan pengamal-pengamal KKP dari organisasi luar termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelbagai industri terutamanya di sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia untuk terus melestarikan dan memperkasakan budaya KKP menerusi perkongsian ilmu secara komprehensif dalam aktiviti penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat melalui pelbagai kaedah seperti ceramah, latihan amali, kerja lapangan, latihan industri, lawatan sambil belajar, bengkel, dan seminar.
UMP terus mengorak langkah melestarikan KKP dengan menganjurkan seminar kali ke-4 bertajuk Seminar On Developing And Sustaining Safety Culture In Malaysia (DSSCM IV)” dengan kerjasama UMP Advanced Education (UAE) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Seminar bakal diadakan pada 25 hingga 26 Oktober 2016 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur merupakan kali keempat dianjurkan yang merupakan kesinambungan daripada penganjuran DSSCM III yang lepas. Seminar ini merupakan satu platform untuk perkongsian kepakaran dan membincangkan hala tuju baru kepimpinan dan pengurusan KKP di peringkat nasional dan global dalam meningkatkan kesedaran orang awam tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mempraktikan konsep peraturan kendiri, mempromosi budaya pencegahan, meningkatkan aktiviti penguatkuasaan, dan menjadikan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan sebagai sebahagian daripada kewajipan untuk dilaksanakan di tempat kerja.
Penganjuran DSSCM IV kali ini terus mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada 2 buah badan professional iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia yang telah mengiktiraf mata CEP (Continuous Education Program) sebanyak 15 mata; dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang telah mengiktiraf program ini sebanyak 20 mata CCD (Contractor Continuous Development). Pengiktirafan yang diperolehi melalui program DSSCM IV ini secara langsung telah memberi peluang kepada pengamal-pengamal dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di industri dan bukan industri mengumpul mata untuk memenuhi keperluan prosedur pembaharuan kompetensi masing-masing.
Bersempena dengan tema OSHMP 2020 iaitu "Transformasi KKP – Budaya Pencegahan", DSSCM IV kali ini memilih tema “Paradigm Shifts In Safety Culture: Government And Corporate Responsibilities” dengan memberi penekanan kepada budaya pencegahan melalui topik-topik yang berkaitan dengan perundangan dan tanggungjawab badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dengan ini, DSSCM IV menyediakan platform kepada kumpulan pengamal KKP, akademik dan penyelidik untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran bagi membahaskan pelbagai topik yang dapat mengurangkan bahaya dan risiko terhadap pekerja, harta benda dan persekitaran.
DSSCM IV memberi penekanan kepada topik yang berkaitan dengan bahaya di tempat kerja samada yang pernah dikenalpasti mahupun yang baru dikenalpasti. Ia juga menyediakan platform kepada barisan kepimpinan dan para pengamal OSH untuk membahaskan pelbagai topik yang dapat mengurangkan bahaya dan risiko terhadap pekerja, harta benda dan persekitaran. Setiap peserta juga berpeluang untuk mempelajari pelbagai prinsip dan kaedah bagi membangunkan teknik pencegahan untuk mengurangkan bahaya dan risiko dalam skala yang besar melalui hasil-hasil penyelidikan saintifik yang akan dibentangkan.
Pada kalli ini DSSCM IV akan mengetengahkan penceramah-penceramah daripada pelbagai profesion termasuk ahli akademik, pengamal, penyelidik dan perunding tersohor dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh Malaysia, industri dan bukan industri termasuklah JKKP, PERKESO, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam/Swasta, dan wakil-wakil industri. Selain itu, seminar selama dua hari ini juga turut mengadakan pameran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menyumbang maklumat dan perkhidmatan serta produk yang ada kepada semua pihak termasuk pengamal OSH, ahli akademik, penyelidik, perunding, pelajar dan orang awam.
Forum khas yang membincangkan tema bertajuk “Paradigm Shifts in Safety Culture: Government and Corporate Responsibilities” akan diadakan pada hari kedua dengan menampilkan ahli-ahli panel yang berpengalaman dari pelbagai agensi. Adalah diharapkan DSSCM IV akan dapat memberi impak yang besar di kalangan pengamal KKP dan barisan kepimpinan dalam sesebuah organisasi agar dapat melakukan anjakan paradigma dalam aspek pengurusan KKP bagi meningkatkan taraf hidup, martabat dan potensi rakyat untuk memanfaatkan pembangunan dan kemajuan ekonomi sejajar dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP 2016-2020) yang dirangka oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
Usaha ini diharap akan terus membantu memperkasakan budaya OSH di kalangan masyarakat sejagat akan mendapat sokongan semua pihak bagi mewujudkan peluang berinteraksi di kalangan pemimpin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar dan pihak industri bagi menangani pelbagai isu KKP seterusnya meningkatkan kesedaran KKP demi meningkatkan kualiti kehidupan yang optimum. Hasrat ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk mempraktikkan nilai “Budaya Pencegahan” bagi memastikan tahap perkhidmatan yang berkualiti terus diberikan dan ditingkatkan sari semasa ke semasa sebagai persediaan merialisasikan pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020 kelak.