IBS Lestarikan Industri Pembinaan
Disediakan oleh:
Mohammad Affendy Omardin
Pensyarah
Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK)
Pembangunan pesat di negara kita menjadikan kaedah pembinaan perlu berubah bagi meningkatkan keupayaan dan kualiti sesebuah projek pembangunan. Sistem Binaan Berindustri (IBS) lebih dikenali sebagai pembinaan pasang siap kerana teknologi merangkumi komponen-komponen binaan yang dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal dan dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang menjadi struktur dengan tenaga kerja yang minimum. Penggunaan IBS telah mula diperkenalkan sejak tahun 60-an, namun penggunaannya tidak begitu dipraktikkan. Penglibatan awal kaedah IBS telah diperkenalkan dalam industri pembinaan negara iaitu bermula dengan projek perumahan Flat Pekeliling, Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road atau Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang pada 1966.
Sahut cabaran teknologi hijau
IBS mengubah kepenggunaan pendekatan tradisional dalam pembinaan yang selama ini berorientasikan tenaga buruh. Pelbagai kelestarian dapat diperkenalkan menerusi IBS. Penggunaan pendekatan tradisional dalam pembinaan terutama yang berintensifkan pekerja binaan telah menyebabkan kemerosotan produktiviti kerja-kerja pembinaan. Bagi menangani permasalahan ini kaedah pemasangan siap telah diperkenalkan. Menerusi sistem binaan atau dikenali sebagai IBS merupakan kaedah pembinaan pasang siap yang mempromosikan teknologi hijau. Selain itu, IBS menerusi projek yang menggunakan kaedah ini merupakan satu langkah yang menjimatkan masa pembinaan dan menjimatkan kerja-kerja penyelenggaraan. Ini mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja tempatan dalam sector pembinaan, selain berusaha meningkatkan penggunaan komponen IBS dalam sesuatu projek.
Meningkatkan kualiti pembinaan
Penggunaan system IBS mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor pembinaan, menyeragamkan reka bentuk binaan serta mempercepatkan tempoh pembinaan sesuatu projek. Disamping itu penggunaan IBS mampu mengurangkan kebergantungan negara kepada penggunaan tenaga buruh asing. Kebaikan IBS ianya berupaya menyeragamkan reka bentuk yang standard bagi pembinaan bangunan kerajaan termasuk hospital, balai polis, balai bomba dan sekolah. Manakala untuk bangunan kediaman sesuai bagi pangsapuri dan flat kos rendah. Menerusi Rancangan Malaysia ke-11 dan Pelan Transformasi Negara untuk sektor industri pembinaan, dijangka akan merubah perspektif industri pembinaan negara.
Potensi IBS menerusi projek kerajaan
Bagi memastikan sistem IBS digunakan secara meluas oleh syarikat pemaju, kerajaan mengeluarkan pekeliling bagi mewajibkan semua projek pembinaan bangunan kerajaan bernilai RM10 juta ke atas menggunakan kaedah IBS. Aplikasi IBS akan digunakan bagi projek kerajaan bernilai lebih RM 10 juta dan swasta bernilai RM 50 juta. Justeru itu ianya akan menyeragamkan pembinaan dan menjimatkan kos dan tempoh pembinaan. Penggunaan IBS mampu menjadikan rekabentuk bangunan yang kondusif dan selamat. Penambahbaikan reka bentuk dan spesifikasi pembinaan dapat di pertingkatkan.
Kerajaan telah menetapkan supaya semua projek bangunan menggunakan IBS melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan No. 7/2008. Antara tujuannya ialah untuk menggalakkan kepakaran lebih tinggi dalam industri pembuatan, fabrikasi dan kejuruteraan. Penggunaan IBS dapat memendekkan tempoh pembinaan, mengurangkan pembaziran dan mewujudkan persekitaran tapak projek yang bersih serta selamat, dan menghasilkan produk yang berkualiti.
IBS menjimatkan kos merekabentuk
IBS menerusi pihak swasta perlu menyokong agenda kerajaan untuk meningkatkan penggunaannya, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Aplikasi IBS menerusi penggunaan sekiranya 40 peratus digunakan boleh menjimatkan kos operasi pembinaan dan kos pembangunan projek. Justeru dapat melestarikan pembinaan terutama penjanaan sisa pepejal pembinaan.
Proses penyelenggaraan bangunan dapat di pertingkatkan dan lebih menjimatkan. Ini boleh dilihat dengan anggaran perbelanjaan kos penyelenggaraan dapat di nilai pada peringkat awal perancangan penyelenggaraan bangunan. Kos pekerja penyelenggaraan dapat dikurangkan dan menjimatkan masa penyelenggaraan. Kerosakan pada ruang bangunan dapat di perbaiki dengan mudah dan pantas.
Kos merekabentuk juga dapat dijimatkan dimana saiz ruang aktiviti bangunan dapat di kenalpasti dari awal. IBS dapat menjimatkan penggunaan tenaga sekiranya bangunan beroperasi. Ruang dan kegunaan kemudahan bangunan dapat di kenalpasti diperingkat awal.
IBS boleh menjimatkan kerja-kerja pengubahsuaian dan operasi yang besar. Antara kebaikan IBS menerusi projek ianya sesuai diaplikasikan pada binaan yang menggunakan system struktur kerangka(framed structures) atau system panel dinding tanggung beban(load bearing wall panel).
Menerusi IBS, proses penghasilan bermula di kilang yang mana proses acuan digunakan untuk membuat komponen konkrit pra-tuang. Kualiti produk IBS adalah konsisten dan boleh dikawal kecacatan semasa dari awal pembuatannya. Ini menjadikan tahap kualii yang mencapai kehendak pelangan dan dapat digunakan terus dalam pembinaan.
Kos yang efektif menerusi aplikasi IBS
Kaedah konvensional jika dibandingkan dengan penggunaan sistem IBS menghasilan produk berkualiti tinggi dan meminimumkan pembaziran kerana produk yang dihasilkan di kilang telah melepasi standard yang ditetapkan. IBS meningkatkan kualiti alam sekitar di tapak dan dalam bangunan serta meminimumkan perlepasan asap toksid sepanjang hayat projek. Penjimatan kos padaoverhead dan kos lain yang berkaitan dengan operasi. Pembinaan konvensional menggunakan penggunaan kotak bentuk atau kerja acuan sementara di tapak pembinaan. IBS menggunakan system pasang siap dapat mengurangkan pembaziran semasa pembinaan. Sisa pepejal dari tapak pembinaan dapat dikurangkan terutama melibatkan kerja-kerja kotak bentuk dan sisa dari kerja-kerja konkrit basah. Keadaan tapak bina akan lebih bersih dan mudah menjalankan kerja-kerja tapak
IBS mengurangkan risiko kemalangan di tapak bina.
Penggunaan peranca dalam kerja-kerja IBS dapat dikurangkan. Sekaligus mengurangkan risiko kemalangan pekerja jatuh dari tempat tinggi. IBS mengurangkan penggunaan mesin dan alatan yang seringkali menghalang kerja-kerja di tapak bina. Keselamatan tapak binaan dapat dipertingkatkan. Tapak bina akan bersih dan tersusun kerana mengurangkan sisa binaan dan komponen-komponen binaan yang terdedah dan berisiko kepada pekerja-pekerja binaan. Alam sekitar lebih mesra alam dengan kaeddah IBS dimana ianya mengurangkan sisa di tapak binaan Risiko pencemaran udara dapat dikurangkan menerusi IBS. Ketiadaan habuk dan debu yang mencemarkan sekaligus melestarikan kerja-kerja pembinaan.
Penggunaan IBS mudah dibentuk dan dipasang
Sistem penggunaan IBS merangkumi Sistem Acuan (formwork system); Sistem Kerangka (frame system); Sistem Panel (panel system) dan Sistem Blok (block system). Penggunaan Kaedah IBS menjadikan kos pembinaan lebih rendah dan pembinaan yang lebih cepat. Ini dapat mengurangkan penggunaan jumlah buruh yang diperlukan bagi kerja-kerja pembinaan.
IBS juga dapat mengurangkan kecacatan dan kesilapan yang berlaku terutama kerja-kerja konvensional. Kecacatan awal dapat dikesan terutama melibatkan kerja-kerja pemasangan. Pemasangan IBS yang sistematik dan mempunyai manual pemasangan berserta tenaga pekerja mahir dapat mengurangkan kecacatan kerja terutama semasa pemasangan dan penyambungan komponen-komponen IBS.
Menstabilkan suhu bangunan
Penggunaan IBS dapat melindungi bangunan dengan baik daripada kesan perubahan cuaca terutama kepanasan dan kesejukan dimana ianya sesuai digabungkan dengan bahan-bahan binaan yang dapat menstabilkan suhu dalaman bangunan. Ini dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga. IBS juga mengurangkan kesan bunyi pada ruang dalaman. Ianya memberikan kelebihan untuk mengawal pemindahan bunyi dari satu ruang ke ruang lain. Ini dapat mempertingkatkan kelebihan IBS terhadap penghuni dan pengguna bangunan. Gabungan bersama kemasan dalaman dapat menjadikan bangunan lebih selesa dan kurang pencemaran bunyi.
Memudahkan kerja-kerja pemasangan kemudahan bangunan
Kemudahan bangunan melibatkan system bekalan air, sistem pengudaraan dalaman, sistem pembentungan. IBS memudahkan pemasangan kemudahan bangunan dimana ianya dapat dikenalpasti menerusi peringkat awalan rekabentuk dan sekaligus mengawal kualiti kerja-kerja binaan. Seringkali kos penyenggaraan bangunan menjadi beban bagi sesebuah projek. IBS mampu menjimatkan kos penyenggaraan dan melestarikan alam sekitar Ini terserlah yang mana IBS berdaya saing yang positif menerusi aplikasi seperti mempunyai penebatan haba yang baik. Penyerapan akustik bagi dalaman, mampu memberikan rintangan dan ketahanan api selama selama 2 jam, ianya kalis air bagi tempoh 10 tahun jika ianya direndam Penggunaannya tidak mudah reput dan memudaratkan struktur pembinaan yang telah dibina. Iannya mempunyai ketahanan kepada organisma iaitu ketahanan kepada anai-anai dan kereputan.
Memperkasakan IBS menerusi kepakaran tempatan dan latihan kemahiran
Justeru itu, penggunaan IBS dapat merencanakan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020. Bantuan kepakaran dan professional dari universiti-universiti tempatan boleh memperkasakan teknologi binaan negara kearah kelestarian alam sekitar. Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan kemahiran buruh sedia ada ialah menyediakan latihan IBS, menjalinkan kerjasama dengan industi bagi menggalakkan latihan pekerjaan berterusan dan memulakan latihan kepada profesional yang dapat menerapkan penggunaan inovatif IBS ke dalam reka bentuk bangunan.
Bagi menambah nilai dengan kepakaran dan pembinaan IBS perlu diwujudkan bagi menjadikan ianya satu profession yang setaraf dengan penggunaan kaedah pembinaan tradisional. Negara harus mempunyai satu keseragaman dokumentasi, kaedah pembinaan, teknik pemasangan, kaedah penyelenggaraan IBS. Ini mampu mewujudkan satu kepakaran khusus IBS diperingkat kerajaan dan swasta. Badan-badan pertubuhan teknikal yang melibatkan aktiviti pembinaan perlu diwujudkan bagi meletakkan IBS sebagai satu kepakaran dan perkhidmatan yang baharu.
Gandingan kepakaran akademik dan industri mampu merubah perspektif IBS
Kepakaran dari universiti-universiti tempatan dan institusi-institusi pengajian tinggi boleh membantu untuk mempertingkatkan keberhasilan IBS menerusi kajian-kajian ilmiah. IBS mampu untuk di aplikasikan dengan pelbagai reka bentuk. Penerapan reka bentuk dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi boleh memperkukuhkan kurikulum dibidang pembinaan.
Pihak industri perlu mempunyai daya saing untuk aplikasikan menerusi projek pembinaan. Dengan perkongsian idea, modal perkongsian menjalankan urusan perniagaan, jaringan membentuk hubungan strategik dan pembekalan maklumat terkini mengenai perkembangan IBS. Kesinambungan dari kemasukan pelabur industri dari luar negara mampu memacu industry pengeluaran komponen pembinaan berteraskan IBS serta pemankin ke arah pembangunan lestari dan mesra alam.
Selari dengan matlamat kearah mencapai negara maju pada 2020, sekaligus merubah senario industri pembinaan yang sinonim sebagai industri yang merbahaya, kotor dan sukar serta pergantungan kepada tenaga buruh. Kelestarian dengan penggunaan IBS, memanfaatkan pelabur dalam rantaian industry pembinaan .Amalan ini mampu membuat satu perubahan bagi mempertingkatkan dan mengurangkan kaedah konvesional yang menjadi akar umbi industri pembinaan negara sekian lama.