Simulasi Bidang Kerjaya Potensi Graduan Mempelopori Sektor ‘3d’
Disediakan oleh:
Mohammad Affendy Omardin
Pensyarah
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Universiti Malaysia Pahang
Graduan merupakan keberhasilan universiti yang menyumbang tenaga komuniti bagi mengubah kehidupan dan corak hidup pembangunan di perbandaran. Penglibatan kerjaya samada pengurusan atau pengoperasian merupakan matlamat pencapaian bagi seseorang graduan. Justifikasi dan persepsi graduan kurang berminat menceburi keupayaan memasuki gerbang sektor 3D iaitu (sukar, bahaya dan kotor) adalah titian yang telah membuka minda intelektual dan kemahiran dan kecekapan. Ini merupakan satu cabaran dimana penjenamaan semula yang perlu ditempuhi oleh graduan jika ingin melihat diri mereka diiktiraf sebagai seorang yang bekerjaya dan mampu mengalas cabaran sektor 3D. Namun begitu, pelajar yang memasuki alam pembelajaran universiti telah pun diterapkan dengan 3D tetapi ianya dalam bentuk yang lebih teratur dan professional.
Pemikiran aras tinggi lonjak minda graduan
Pemikiran aras tinggi dan penerapan simulasi kerjaya yang diterapkan pada pelajar-pelajar semasa didalam kuliah telah pun menyediakan satu landasan bagi pelajar-pelajar untuk berkerjaya. Graduan bidang teknologi, kejuruteraan, sains sosial, alam sekitar, perubatan dan bidang kimia, mereka telahpun didedahkan kepada kerja-kerja yang dianggap sukar dan berisiko serta mencemarkan. Manakala kerja yang berbahaya telah disimulasikan semasa di dalam makmal dan bengkel. Penerapan halatuju dan visi dan misi dari pertubuhan profesional sedikit sebanyak membuka minda pelajar terhadap sektor 3D. Tidak mahu menunding jari, graduan sebenarnya telah pun di bukakan minda pada tahap yang dalam kesediaan menempuhi alam pekerjaan. Aspek pengurusan risiko dalam bidang kerjaya masing-masing mungkin membuka minda kesediaan bekerja bermula dari bawah hingga ke tahap profesional. Graduan-graduan dan majikan-majikan pekerjaan seharusnya mengubah corak kerjaya sediada ditahap neutral kepada pro-aktif. Sebagai contoh dibidang pembinaan, pelajar-pelajar telah di terapkan dengan budaya mempraktikkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Justeru, sesi-sesi kuliah, makmal , bengkel-bengkel dan penerapan praktikal telah pun mensimulasikan bidang kerjaya yang dianggap berisiko tinggi. Bidang perubatan pula kerap mempraktikkan corak kerjaya yang berisiko tinggi dan aplikasi kemahiran teknik perawatan kesihatan bagi menyelesaian permasalahan berkaitan perubatan. Bidang mekanikal dan mekanikal pembuatan dan elektrik juga bidang kerjaya yang mempunyai tahap kesukaran dan risiko dalam melakukan bidang tugas.
Sektor 3D mudah diaplikasikan dengan teknologi termaju
Penggunaan alat teknologi termaju boleh mengubah minat graduan terhadap kerja-kerja 3D yang sebelum ini dianggap kurang berpotensi. Kemahiran menggunakan alatan terkini membolehkan kerja-kerja seperti pembersihan amat mudah dan cepat dilakukan. Ini mengubah persepsi minda sebelum ini dilihat sebagai kerja yang mengotorkan. Negara-negara termaju telah menjadikan sektor 3D ini sebagai kerjaya yang professional dan badan-badan NGO yang professional mengiktiraf kerjaya sebegini.
Kerjaya yang berisiko dan berbahaya sebenarnya mampu dilakukan oleh graduan. Ini memerlukan keberanian dan kecekapan. Sebagai contoh kerja-kerja penyelenggaraan bangunan tinggi, ianya memerlukan kemahiran dan kecekapan yang bertaraf professional. Berada di bahagian bangunan dengan ketinggian yang melampaui memerlukan kemahiran tinggi bagi mengelakkan berisiko kemalangan.
Kerja-kerja di pembinaan bangunan dan infrastruktur, kerja-kerja di tapak bina, ianya memerlukan tahap pemikiran yang tinggi dan penyelesaian risiko serta memerlukan kemahiran. Bidang penyelenggaraan bangunan, pemuliharaan bangunan dan bidang penyelenggaraan kenderaan merupakan kerjaya yang sentiasa mencemarkan. Teknologi terkini boleh merubah kepada bidang yang bersih dan mendedahkan kepakaran yang professional.
Manakala kerjaya menerusi laluan sektor 3D yang berisiko tinggi dan mempunyai tahap kesukaran seperti kerja-kerja membaikpulih kabel-kabel pencawang elektrik, bidang pembaikpulih kapal, ianya memerlukan tahap pemikiran dan kemahiran yang tinggi.
Di sektor pembuatan, kerja-kerja 3D terlibat adalah sukar dan berisiko tinggi . Dengan adanya garapan ilmu kemahiran mengurus dan pengoperasian, pelajar-pelajar boleh di terapkan kerja-kerja sebenar melalui simulasi yang diterapkan didalam sesi praktikal.
Bidang kemahiran seperti kulinari memerlukan kemahiran yang tinggi. Daya kreativiti yang telah diterapkan di universiti menyediakan graduan dalam bidang ini amat sesuai menjalankan kerja-kerja tersebut. Bidang pengumpulan sisa dan sampah merupakan kerjaya yang dianggap kotor dan kurang diminati. Dengan bantuan kepakaran teknologi termaju, ianya boleh menjadikan kerjaya yang menyerlahkan kepakaran graduan.
Bidang Agro meliputi pertanian dan penternakan binatang yang sering dianggap kerjaya yang memenatkan dan mengotorkan seharusnya dijadikan sebagai satu kerjaya yang berdaya saing dan profesional. Kemahiran yang dipelajari mampu melonjakkan hasil ekonomi dengan penggunaan teknologi maju dan terkini. Aplikasikan teknik-teknik pembersihan dan pengurusan menjadikan bidang ini diiktiraf kepakaran dalam kerja-kerja mengurus dan pengoperasian.
Bidang pengoperasian pula memerlukan kemahiran dan kecekapan selain tugasnya amat memenatkan. Sebagai contoh operasi perkhidmatan pembungkusan dan logistik memerlukan kemahiran pengurusan dan pengunaan tenaga fizikal manusia. Sikap proaktif dan penerapan teknologi boleh mensingkatkan masa, memudah dan mengetengahkan bidang ini agar ramai graduan menceburi.
Penerapan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadikan sektor 3D selamat untuk diceburi. Teknologi dan kaedah yang selamat dan termoden membolehkan menarik minat graduan agar bidang ini diminati dan dipelori. Kepakaran dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara boleh mengikis tanggapan sektor 3D tidak mempunyai masa hadapan dan tidak berdaya maju. Bidang sektor 3D yang mengotorkan, membahayakan dan menyukarkan boleh dilestarikan dengan menerapkan unsur keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pengiktirafan bidang mengiktiraf sektor 3D
Pengiktirafan amat perlu bagi mengangkat sektor 3D menuju kerjaya profesional. Penerapan kemahiran menganalisa kerjaya kritikal mampu mengubah persepsi and mentaliti terhadap sektor 3D ke tahap tertinggi. Kemahiran 3D perlu mengiktiraf menerusi kerja-kerja hands-on dimana pembelajaran diuniversiti telah pun diadaptasikan menerusi simulasi kerja di makmal-makmal, di bengkel-bengkel dan kerja-kerja lapangan. Gelaran pakar bidang sekaligus mengiktirafkan sektor 3D sebagai kepakaran bidang perkhidmatan dan separa pengurusan. Ganjaran dari segi gaji dan ganjaran setimpal dengan kelulusan dan kemahiran seumpama boleh dipelori bagi meningkatkan lonjakan motivasi untuk lepasan universiti menceburi sektor 3D.
Penjenamaan semula sektor 3D iktiraf kerjaya graduan
Aplikasi teknologi termaju dan termoden dan kaedah praktikal serta kebolehan merancang gerak kerja terutama yang berisiko tinggi boleh menjenamakan semula bidang 3D. Kebergantungan tugas pada tenaga kerja luar boleh menyebabkan terbantutnya kelestarian sektor 3D oleh anak tempatan. Keupayaan dan pemikiran graduan terkini sebenarnya telah tersedia semasa sesi kuliah dan bengkel simulasi. Sebelum bergraduasi langkah yang proaktif terhadap pembangunan kelestarian sosio ekonomi telah pun diterapkan. Kelestarian dalam pembelajaran yang merupakan simulasi sebenar alam pekerjaan. Selain itu pra-graduan telah pun di garapkan dengan falsafah bidang tugas masing-masing. Ini sekaligus menepis tomahan bahawa kurangnya nilai keupayaan graduan dalam menceburi sektor 3D.
Memperkasakan sektor 3D
Kursus-kursus kemahiran bidang sektor 3D perlu digubal, disemak dan diiktiraf bagi menjadikan adanya pelapis untuk kesinambungan dan kelestarian sektor-sektor 3D sekaligus menjadikan bidang ini laris dan berdaya maju serta professional. Dengan penjenamaan semula sektor 3D, ianya tidak akan berlaku taraf kerjaya ini sebagai kerjaya bertaraf kelas bawahan.
Justeru itu, graduan umpama seekor burung helang yang terbang tinggi dan rendah berlegar-legar mencari makanan, dan pemilihan serta penglibatan kerjaya umpama roda yang berpusing di atas dan berpusing dibawah. Ubah minda persepsi dengan menerapkan diri dengan kepelbagaian kerja kerana pengalaman memberikan kelebihan dan kemahiran kepada kita sekaligus mengiktirafkan bidang kerjaya 3D ditahap profesional.