PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Panduan Bagi Bahan Pencetakan / Promosi & Hebahan

  • Tema kandungan bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah bersesuaian dengan aktiviti/produk/mesej yang ingin disampaikan. Bahan pencetakan promosi dan hebahan yang dibuat tidak boleh menyalahgunakan kepercayaan atau mengeksploitasikan pengetahuan dan pengalaman pengguna.
  • Bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah mengandungi penyataan maklumat yang tepat, benar, jelas, terkini dan boleh dibuktikan.
  • Kandungan bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah menggalakkan kepada amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni antara pelbagai lapisan umur dan kaum/bangsa di UMP khasnya dan Malaysia amnya.
  • Pernyataan atau persembahan ilustrasi bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah mengambilkira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum/bangsa di UMP khasnya dan Malaysia amnya tanpa unsur-unsur  diskriminasi sosial.
  • Persembahan ilustrasi bahan pencetakan promosi dan hebahan yang memaparkan wajah-wajah pelbagai kaum/bangsa di UMP khasnya dan Malaysia amnya adalah digalakkan.
  • Kandungan yang memberikan gambaran positif persekitaran di UMP khasnya dan Malaysia amnya adalah digalakkan.
  • Elak dari menggunakan persembahan ilustrasi dengan latar belakang yang kompleks dan rumit kerana penggunaan imej yang dominan adalah lebih jelas dan memberi kesan. Perbezaan warna latar belakang dan ilustrasi yang hendak ditonjolkan perlulah jelas dan ketara.
  • Pernyataan atau persembahan ilustrasi bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah seiring dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Dasar Kerajaan.
  • Kandungan bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah menggunakan Bahasa persuratan yang betul serta bertepatan dengan persembahan ilustrasi yang dipaparkan.
  • Penggunaan Bahasa Kebangsaan hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tata bahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah sentiasa merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Setiap bahan pencetakan promosi dan hebahan hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan sama ada dengan sendirinya atau bersama dengan mana-mana bahasa lain.
  • Jika Bahasa Kebangsaan digunakan bersama bahasa lain dalam bahan pencetakan promosi dan hebahan, perkataan-perkataan dalam Bahasa kebangsaan itu hendaklah lebih besar saiznya dan ditonjolkan dari segi penekanan visual dan kedudukan berbanding dengan perkataan-perkataan dalam bahasa lain.
  • Bahan pencetakan promosi dan hebahan yang menggunakan bahasa lain mestilah membawa maksud yang sama seperti dalam bahasa kebangsaan.
  • Penggunaan bahasa hendaklah sopan dan tidak mempunyai sebarang konotasi negatif.
  • Bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah mematuhi standard grafik yang telah ditetapkan terutama dalam penggunaan dan perletakkan logo UMP. Identiti atau logo UMP perlu jelas dan diberi keutamaan dengan dibezakan saiznya atau perletakkannya di tempat utama dalam bahan pencetakan promosi dan hebahan berbanding dengan logo-logo penganjur, penaja atau rakan usaha sama yang berkaitan.
  • Muka taip dan saiz huruf yang digunakan mestilah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan. Tidak digalakkan menggunakan lebih daripada 2/3 jenis fon tetapi saiz font boleh dibezakan mengikut kepentingan maklumat yang hendak disampaikan.
  • Warna adalah penting untuk menentukan keupayaan maklumat yang disampaikan Berjaya atau tidak. Warna kontra adalah untuk menarik perhatian dan memudahkan maklumat yang ingin disampaikan terbaca (ketakterbacaan atau dibaca secara tidak sengaja).
  • Pastikan reka letak iaitu susunan persembahan ilustrasi dan penggunaan huruf dan ruang adalah bersesuaian.
  • Kos pencetakan bahan promosi dan hebahan mestilah mengambil kira capaian penerbitan (publication reach), bilangan pembaca dan kualiti bahan penerbitan dan keterbacaan bahan pencetakan promosi dan hebahan oleh khalayak sasaran.