PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

pdf JKNCR bincang hala tuju universiti bagi tingkatkan kualiti Popular

By 2188 downloads

Download (pdf, 1.34 MB)

JKNCR bincang hala tuju universiti bagi tingkatkan kualiti.pdf

Seramai 15 Naib Canselor dan Rektor dan lima wakil daripada Universiti Awam (UA) serta tiga daripada Jabatan Pendidikan Tinggi telah menghadiri Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor (JKNC/R) Universiti Awam selama dua hari mulai 21 hingga 22 Januari 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah sebagai tuan rumah.

Jawatankuasa yang menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA setiap tiga bulan itu berperanan membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.

JKNC/R juga berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara.

Selain itu, JKNC/R mempunyai peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

Mesyuarat JKNC/R kali ini juga turut melantik Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Pengerusi JKNC/R yang baharu. 

Turut berlangsung pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan Senat UUM.

Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, pihak jawatankuasa juga menghargai kehadiran Pengerusi Lembaga Teknologis Malaysia, Tan Sri Dato' Dr. Ahmad Zaidee Laidin dalam membentangkan peranan Lembaga Jurutera Malaysia (MBOT) yang  berperanan memberikan status profesional kepada graduan dalam bidang teknologi.

“Badan profesional ini juga akan memainkan peranan utama bagi mengiktiraf kerjaya teknologis termasuk menentukan hala tuju kerjaya dan mengawal selia mutu teknologis yang dihasilkan oleh   negara. MBOT juga mampu memperkasakan pendidikan teknikal    dalam transformasi Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan pendidikan Teknikal serta Latihan Vokasional (TVET),” katanya.