Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

2000 meriahkan Sambutan Hari Raya UMP

 

Pekan, 6 Julai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Malaysia Pahang (UMP) disambut meriah dengan kehadiran lebih 2,000 dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat termasuk pelajar Maahad Tahfiz MaBIQ dan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) dalam majlis yang diadakan di Dataran Pusat Aktiviti Pelajar, UMP Pekan baru-baru ini.
Majlis diserikan dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku  Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang berangkat memeriahkan suasana.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan pengurusan tertinggi UMP.
Sambutan yang diadakan serentak dengan Majlis Pelancaran Pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari itu dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuk nasi minyak, lemang dan ketupat, kambing golek dan kuih muih. Di samping menikmati pelbagai hidangan yang disajikan pengunjung juga  turut dihiburkan dengan lagu-lagu Hari Raya dan nasyid dari Kumpulan Nasyid Hijjaz.
Naib Canselor UMP, Prof. Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, menerusi sambutan ini dapat membentuk kesepakatan dan muhibah di kalangan warga kampus dan komuniti setempat.
“Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara warga universiti dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah Aidilfitri yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan,” katanya.
Manakala menurut salah seorang pelajar Diploma Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam, Mohd Farhan Mat Yusof ,18,  ini merupakan pengalaman pertamanya  menghadiri majlis Sambutan Hari Raya UMP sejak mendaftar ke UMP pada bulan Mei lalu. Beliau amat teruja dengan sambutan raya, apatah lagi dapat bertemu dengan keluarga Diraja.
Selain itu juga hari ini bukan sahaja pengalaman  berhari raya di UMP, malah dapat mengenali rakan-rakan di UMP Pekan dan menikmati keindahan kampus UMP Pekan memandangkan fakultinya berada UMP Gambang.

                    

Pekan, 6 Julai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Malaysia Pahang (UMP) disambut meriah dengan kehadiran lebih 2,000 dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat termasuk pelajar Maahad Tahfiz MaBIQ dan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) dalam majlis yang diadakan di Dataran Pusat Aktiviti Pelajar, UMP Pekan baru-baru ini.

Majlis diserikan dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku  Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang berangkat memeriahkan suasana. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan pengurusan tertinggi UMP.

                     

Sambutan yang diadakan serentak dengan Majlis Pelancaran Pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari itu dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuk nasi minyak, lemang dan ketupat, kambing golek dan kuih muih. Di samping menikmati pelbagai hidangan yang disajikan pengunjung juga  turut dihiburkan dengan lagu-lagu Hari Raya dan nasyid dari Kumpulan Nasyid Hijjaz.

Naib Canselor UMP, Prof. Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, menerusi sambutan ini dapat membentuk kesepakatan dan muhibah di kalangan warga kampus dan komuniti setempat. “Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara warga universiti dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah Aidilfitri yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan,” katanya.

                     

Manakala menurut salah seorang pelajar Diploma Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam, Mohd Farhan Mat Yusof ,18,  ini merupakan pengalaman pertamanya  menghadiri majlis Sambutan Hari Raya UMP sejak mendaftar ke UMP pada bulan Mei lalu. Beliau amat teruja dengan sambutan raya, apatah lagi dapat bertemu dengan keluarga Diraja. Selain itu juga hari ini bukan sahaja pengalaman  berhari raya di UMP, malah dapat mengenali rakan-rakan di UMP Pekan dan menikmati keindahan kampus UMP Pekan memandangkan fakultinya berada UMP Gambang.