Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

UMP Eco Ride dapat sambutan galak sukan berbasikal

Penganjuran 1st International UMP EcoRide 2017 yang berjaya memikat lebih 500 peminat sukan berbasikal mampu  mempromosikan aktiviti berbasikal sebagai satu cara beriadah sambil menghayati keindahan di negeri Pahang sekaligus merancakkan program Tahun Melawat Pahang 2017 bagi menarik minat pengunjung memilih negeri Pahang sebagai destinasi pelancongan menarik.
 
Penganjuran acara ini juga sebagai aktivti menyokong gaya hidup sihat yang menyumbang kepada kesejahteraan dalam kalangan warga kerja dan mahasiswa UMP, sekaligus mewujudkan pengalaman kampus yang kondusif kepada pihak luar yang berpeluang menyaksikan sendiri suasana kehijauan kampus ini.
 
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan peserta individu dan kelab termasuk dari luar negeri Pahang serta berbangga dengan komitmen warga kerja UMP malahan pihak agensi luar yang sama-sama menyumbang tenaga dalam memastikan program dapat berjalan lancar.
 
Aktiviti berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di semua peringkat umur dan latar belakang di samping meningkatkan stamina yang meredakan keletihan dan kelesuan. 
“Dengan impaknya yang begitu positif kepada peningkatan kesihatan individu dan kosnya yang berpatutan, sukan berbasikal sememangnya boleh ditampilkan sebagai satu aktiviti massa yang boleh disertai oleh warga kampus dan masyarakat daripada pelbagai lapisan dan latar belakang, sama ada secara individu ataupun berkumpulan,” katanya yang hadir melepaskan peserta  pertandingan UMP Eco Ride di UMP Pekan.
 
Selain impaknya kepada peningkatan kesihatan, penyertaan dalam aktiviti berbasikal turut memberi peluang kepada kita untuk mendekati alam sekitar dan menyantuni komuniti melalui aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan.
 
Peserta berpeluang menikmati persekitaran menarik dalam laluan Fun Ride sejauh 30 kilometer dan laluan perlumbaan Eco Ride sejauh 120 kilometer sambil  menikmati keindahan alam sekitar laluan di sepanjang kawasan perkampungan tradisional di Sungai Soi, Cherok Paloh, Lamir, Ganchong, Maulana dan Marhum. Beliau berhasrat  menjadikan International UMP EcoRide ini sebagai satu acara tahunan Universiti ini.
 
Justeru, satu usaha yang berfokus perlu digerakkan di peringkat UMP untuk meneliti saranan ini dengan serius di samping memikirkan kaedah penganjuran dan skala penyertaannya yang mencerminkan semangat sebenar acara ini dalam konteks pembudayaan gaya hidup sihat, pemeliharaan alam sekitar, pembangunan sukan, promosi pelancongan dan penglibatan komuniti.
 
Dalam pada itu, UMP menghargai kerjasama dan sokongan pihak penaja termasuk  Isuzu Malaysia, HeiTech Padu,  I&P Group, Maybank, KPJ Kuantan Hospital, CCM Pharmaceutical,  Vacuumschmelze,  Kheng Heng Bike, Rizal Bike Centre, 100 Plus, MILO, Tourism Malaysia dan Pengurusan Air Pahang Berhad serta tenaga profesional dari Adham Bike Centre (ABC) atas kelancaran pengelolaan teknikal acara ini dari garisan permulaan ke garisan penamat dengan selamat. 
 
Memeriahkan program berlangsungnya senamrobik dan Eco Walk yang disertai warga kampus dengan acara berjalan di sekitar kampus. Program juga dihadiri Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Profesor Dato’ Dr Shahrin Sahib yang turut menyertai acara berbasikal. Turut sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin dan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Kualiti), Prof. Dato' Dr. Ishak Ismail yang hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 02-05-2017, 10:04:50