UMP Iktiraf Staf Cemerlang
Kuantan, 19 Mei- Seramai 166 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) dirai bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2017 yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang hari ini. Hadir merasmikan majlis Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato Sri Mohd. Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Yusof.
Penganjuran program ini merupakan medan pengiktirafan terhadap kecemerlangan warga kerja UMP dalam pelbagai lapangan serta mendorong mereka untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. Sebanyak sembilan kategori hadiah dan anugerah yang akan disampaikan terdiri daripada Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Kecemerlangan Industri Masyarakat, Anugerah Sukan, Hadiah ICT (K-Portal) dan Hadiah Penerbitan dan Hadiah Persekitaran Berkualiti.
Menurut Dato’ Sri Mohd. Hilmey, pembangunan bakat yang produktif, kompeten dan berprestasi tinggi adalah faktor kritikal dalam menentukan kecemerlangan sesuatu organisasi, sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Bakat yang dibangunkan bagi mengoperasikan Universiti ini, sama ada dalam kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional serta pelaksana sewajarnya memiliki ketahanan dan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang dan unggul kepada para pelanggan dan pemegang taruh walaupun negara kini berdepan dengan iklim ekonomi yang mencabar.
"Penerima anugerah dan hadiah harus melihat pengiktirafan ini merupakan satu cabaran untuk menjadi teladan positif secara istiqomah yang mampu menginspirasikan rakan-rakan sekerja lain untuk turut cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya.
Dalam pada itu, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, pengupayaan bakat diaturgerak secara strategik dan terarah dalam kerangka yang khusus terutamanya bagi kakitangan pentadbiran dan juga pegawai akademik serta tumpuan khusus terhadap setiap skim perkhidmatan. Katanya, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan diperkenalkan oleh pihak pengurusan bagi merangsang produktiviti dan prestasi warga kerja di Universiti ini, termasuklah Pay For Performance dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020.
Malahan, komitmen ini merupakan respon strategik pihak pengurusan terhadap agenda transformasi perkhidmatan awam yang dihasratkan kerajaan melalui pekeliling khas mengenai Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 2010 lagi. Dengan menyaring dan mengenalpasti keutamaan yang sebenar-benarnya mustahak, maka pihak pengurusan berupaya menentukan trajektori strategik bagi UMP bagi maksud pencapaian jangka pendek dan jangka panjang.
Justeru, pihak pengurusan melihat bahawa inovasi berterusan dalam konteks transformasi pengurusan dan pentadbiran di Universiti ini melalui budaya tinggi (culture of high values). Antara ciri utama bakat cemerlang yang ingin dijana UMP ialah kemampuan untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif bagi maksud peningkatan kualiti produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea ini boleh diperolehi dari dalam luar institusi melalui proses penyelidikan, penandaanaras (benchmarking) atau pembelajaran dalam organisasi (organizational learning).
Selain itu, bakat-bakat tersebut sewajarnya turut berperanan dengan proaktif untuk memaknakan agenda “Memasyarakatkan Teknologi” yang mendasari Pelan Strategik UMP 2016-2020 melalui sumbangan kepakaran dan perkhidmatan mereka yang relevan dengan keperluan umum. Maka itulah, pihak pengurusan melihat bahawa penggemblengan bakat-bakat ini secara strategik dan sistematik sebenarnya mampu mengangkat agenda ini sebagai satu tanda mutu yang membuktikan keterampilan UMP sebagai sebuah Universiti Awam yang komited mentransformasi komuniti.
Dalam majlis ni Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dinobatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang telah menonjol kecemerlangan dari segi pengurusan organisasi, penyelidikan, penerbitan jurnal, rundingan dan dan pengkomersialan. Buat julung kalinya UMP memperkenalkan Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarkat (AKIM) yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Anugerah Kualiti kerjasama masyarakat (kategori staf akademik) yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK). Beliau merupakan seorang Pakar dalam membentuk individu untuk mengetahui keadaan perubahan diri melalui program Biofeedback.
Sehingga kini hampir 2500 penerima manfaat yang terdiri daripada guru kaunseling, pelajar yang bermasalah, usahawan kecil, pensyarah, kaunselor dan banduan penjara. Bagi hadiah Harapan Kualiti kerjasama industri pula telah dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Saiful Nizam Tajuddin yang merupakan Pengarah Pusat kecemerlangan Penyelidikan Bioaromatik menerusi kejayaan beliau dalam menjalinkan kerjasama bersama industri dalam dan luar negara kursusnya berkaitan penyelikan dan pengkomersialan bagi produk gaharu (agarwood) kasih. Bagi Anugerah Rakan Industri Terbaik pula dimenangi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Syarikat Jepun Eco 24 Ltd. Turut berlangsung pameran Legasi Kepimpinan UMP kendalian Perpustakaan bersempena sambutan 15 tahun penubuhan UMP pada tahun ini.
Kuantan, 19 Mei- Seramai 166 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) dirai bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2017 yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang hari ini. Hadir merasmikan majlis Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato Sri Mohd. Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Yusof. Penganjuran program ini merupakan medan pengiktirafan terhadap kecemerlangan warga kerja UMP dalam pelbagai lapangan serta mendorong mereka untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. Sebanyak sembilan kategori hadiah dan anugerah yang akan disampaikan terdiri daripada Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Kecemerlangan Industri Masyarakat, Anugerah Sukan, Hadiah ICT (K-Portal) dan Hadiah Penerbitan dan Hadiah Persekitaran Berkualiti.
Menurut Dato’ Sri Mohd. Hilmey, pembangunan bakat yang produktif, kompeten dan berprestasi tinggi adalah faktor kritikal dalam menentukan kecemerlangan sesuatu organisasi, sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Bakat yang dibangunkan bagi mengoperasikan Universiti ini, sama ada dalam kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional serta pelaksana sewajarnya memiliki ketahanan dan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang dan unggul kepada para pelanggan dan pemegang taruh walaupun negara kini berdepan dengan iklim ekonomi yang mencabar. "Penerima anugerah dan hadiah harus melihat pengiktirafan ini merupakan satu cabaran untuk menjadi teladan positif secara istiqomah yang mampu menginspirasikan rakan-rakan sekerja lain untuk turut cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya. Dalam pada itu, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, pengupayaan bakat diaturgerak secara strategik dan terarah dalam kerangka yang khusus terutamanya bagi kakitangan pentadbiran dan juga pegawai akademik serta tumpuan khusus terhadap setiap skim perkhidmatan. Katanya, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan diperkenalkan oleh pihak pengurusan bagi merangsang produktiviti dan prestasi warga kerja di Universiti ini, termasuklah Pay For Performance dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020.
Malahan, komitmen ini merupakan respon strategik pihak pengurusan terhadap agenda transformasi perkhidmatan awam yang dihasratkan kerajaan melalui pekeliling khas mengenai Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 2010 lagi. Dengan menyaring dan mengenalpasti keutamaan yang sebenar-benarnya mustahak, maka pihak pengurusan berupaya menentukan trajektori strategik bagi UMP bagi maksud pencapaian jangka pendek dan jangka panjang. Justeru, pihak pengurusan melihat bahawa inovasi berterusan dalam konteks transformasi pengurusan dan pentadbiran di Universiti ini melalui budaya tinggi (culture of high values). Antara ciri utama bakat cemerlang yang ingin dijana UMP ialah kemampuan untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif bagi maksud peningkatan kualiti produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea ini boleh diperolehi dari dalam luar institusi melalui proses penyelidikan, penandaanaras (benchmarking) atau pembelajaran dalam organisasi (organizational learning).
Selain itu, bakat-bakat tersebut sewajarnya turut berperanan dengan proaktif untuk memaknakan agenda “Memasyarakatkan Teknologi” yang mendasari Pelan Strategik UMP 2016-2020 melalui sumbangan kepakaran dan perkhidmatan mereka yang relevan dengan keperluan umum. Maka itulah, pihak pengurusan melihat bahawa penggemblengan bakat-bakat ini secara strategik dan sistematik sebenarnya mampu mengangkat agenda ini sebagai satu tanda mutu yang membuktikan keterampilan UMP sebagai sebuah Universiti Awam yang komited mentransformasi komuniti. Dalam majlis ni Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dinobatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang telah menonjol kecemerlangan dari segi pengurusan organisasi, penyelidikan, penerbitan jurnal, rundingan dan dan pengkomersialan. Buat julung kalinya UMP memperkenalkan Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarkat (AKIM) yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Anugerah Kualiti kerjasama masyarakat (kategori staf akademik) yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK). Beliau merupakan seorang Pakar dalam membentuk individu untuk mengetahui keadaan perubahan diri melalui program Biofeedback. Sehingga kini hampir 2500 penerima manfaat yang terdiri daripada guru kaunseling, pelajar yang bermasalah, usahawan kecil, pensyarah, kaunselor dan banduan penjara. Bagi hadiah Harapan Kualiti kerjasama industri pula telah dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Saiful Nizam Tajuddin yang merupakan Pengarah Pusat kecemerlangan Penyelidikan Bioaromatik menerusi kejayaan beliau dalam menjalinkan kerjasama bersama industri dalam dan luar negara kursusnya berkaitan penyelikan dan pengkomersialan bagi produk gaharu (agarwood) kasih. Bagi Anugerah Rakan Industri Terbaik pula dimenangi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Syarikat Jepun Eco 24 Ltd. Turut berlangsung pameran Legasi Kepimpinan UMP kendalian Perpustakaan bersempena sambutan 15 tahun penubuhan UMP pada tahun ini. Disediakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor |