Portal Rasmi PNC

PEJABAT NAIB CANSELOR

Jaringan kerjasama Stategik UMP dan OpenLearning tawar kursus MOOC

Pekan, 24 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini memetrai  memorandum pesefahaman (MoA) dengan OpenLearning Global (M) Sdn.Bhd bagi menerokai kerjasama dalam meningkatkan jaringan pelantar Openlearning.Com dengan memasarkan Kursus Terbuka Dalam Talian (MOOC) UMP ke persada antarabangsa.
Dijalankan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (CIReL), MOOC adalah satu sistem yang membolehkan pelajar universiti awam menyertai kursus atas talian tanpa perlu menghadiri kelas dan ianya boleh diakses di mana-mana sahaja mereka berada.
Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pengarah CIReL, Dr. Adzhar Kamaludin mewakili universiti manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenLearning, Adam Brimo dan Pengurus Pembangunan Bisnes, Suzana Mustafa yang menandatangani perjanjian dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan.
 
Naib Canselor UMP,  Prof Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, menerusi MOOC, pensyarah UMP sudah membangunkan 11 kursus dalam talian sebagai usaha untuk memacu kaedah pembelajaran cara baharu.
“Pada masa ini UMP berada pada tiga teratas dalam kalangan semua IPTA selepas Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.  Universiti masih membangunkan 18 kursus lain pada tahun ini yang dijangka siap diakses sepenuhnya  pada September nanti,” katanya.
Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan UMP mendukung usaha untuk memanfaatkan teknologi dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dan memperluaskan akses kepada pendidikan. Penawaran kursus secara MOOC ini ternyata mampu memartabatkan UMP di persada antarabangsa. Selain itu kerjasama ini juga dilihat dapat memantapkan jalinan akademik dalam pengajaran dan pembelajaran serta inovasi untuk menjana pendapatan yang boleh dimanfaatkan kedua-dua pihak.
Sehingga kini, seramai 2826 orang pelajar telah berdaftar mengikuti Kursus MOOC UMP melibatkan kursus Programming Technique, OSH Fundamentals, EEV Hybrid System, Biomass Derivative Production: Oil Palm Waste, Oil Palm Based Fine & Specialty Chemical, Agarwood : Future Fragrance Design dan Circuit Analysis : For beginners. Lain-lain Operating Systems (OS) for Novice,Supply Chain Management  : An Anchor In New Era, Becoming Efficient Technical Communicators dan Alternative Energy: A Closer Look at PV System Applications.
Dalam masa yang sama turut berlangsung acara menandatangani perjanjian perkhidmatan antara UMP Consultancy & Training Sdn.Bhd yang merupakan anak syarikat UMP dengan Pusat Zakat Pahang yang ditandatangani Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Hj Halidan Haji Daud dengan Ketua Pegawai Eksekutif UMP Holdings Sdn Bhd, Syed Hamzah al-Junid Syed Abdul Rahman.
Seiring dengan memasyarakatkan teknologi, kerjasama dalam pembangunan sistem inovasi berteknologi tinggi yang menggunakan Corbeau ChatBot System bagi  meningkatkan pengurusan pemprosesan data di pusat zakat yang dibangunkan  oleh Pusat Kecemerlangan IBM di universiti ini.
Hadir sama dalam majlis, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus, Pendaftar, Abd. Hamid Majid dan Ketua Bahagian Korporat, Pusat Kutipan Zakat Pahang, Che Samsol Ibrahim.

Hadir sama dalam majlis, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Pengarah Pusat Sumber Pengajaran E- Pembelajaran (CIREL), Dr. Adzhar Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif UMP Holdings, Tuan Syed Mohamad Hamzah Al Junid dan Ketua Bahagian Korporat, Pusat Kutipan Zakat Pahang, Che Samsol Ibrahim.