Konvensyen ROCC IM4U pikat mahasiswa UMP
Kuantan,18 Februari- Lebih 2500 mahasiwa Universiti Malaysia Pahang (UMP) membanjiri Kompleks Sukan UMP Gambang dalam memeriahkan penganjuran IM4U Reach Out Convention & Celebrations 2017 (ROCC) yang masuk tahun ke-5 dengan pemilihan universiti ini sebagai destinasi strategik dalam melengkapkan siri jelajah pada kali ini.
Program yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan ini bertujuan melibatkan serta memupuk semangat kesukarelawanan dan aktiviti sosial dalam kalangan belia di Malaysia.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif IM4U, Rudy Malik berkata, program ROCC yang dianjurkan sejak 2013 ini berjaya melibatkan lebih 35,000 belia seluruh Malaysia dalam pelbagai siri perbincangan yang berinspirasikan individu terkemuka dari pelbagai latar belakang.
”Tahun 2017 ini menandakan satu pencapaian yang besar bagi ROCC yang mana penganjuran kali ini memberikan kelebihan apabila berjaya mengumpulkan personaliti terkenal Malaysia dan berkongsi pentas memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelapis generasi masa depan,” katanya.
ROCC menampilkan personaliti terkenal tanah air seperti Datuk Jake Abdullah, Azran Osman Rani dan Raja Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow atau nama sebenarnya, Johan Ishak dalam berkongsi inspirasi dan kisah pencapaian membina empayar mereka sendiri. Tidak ketinggalan personality dengan persembahan khas antaranya Awi Rafael, Altimet dan MASDO.
Bagi personaliti Azran Osman Rani peluang sebegini merupakan impian beliau. ROCC ini merupakan platform untuk terus memberikan inspirasi serta mendidik para belia zaman ini dalam program yang agak santai namun sarat dengan maklumat.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd Yunos dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Madyasir Ahmad Basir. ROCC akan diteruskan penjelajahan ke Universiti Utara Malaysia (25 Februari 2017), Politeknik Nilai (4 Mac 2017) dan Politeknik Merlimau (18 Mac 2017).
Disediakan Nor Fadzillah Zulkipli dari Bahagian Komunikasi Korporat
Kuantan,18 Februari- Lebih 2500 mahasiwa Universiti Malaysia Pahang (UMP) membanjiri Kompleks Sukan UMP Gambang dalam memeriahkan penganjuran IM4U Reach Out Convention & Celebrations 2017 (ROCC) yang masuk tahun ke-5 dengan pemilihan universiti ini sebagai destinasi strategik dalam melengkapkan siri jelajah pada kali ini.
Program yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan ini bertujuan melibatkan serta memupuk semangat kesukarelawanan dan aktiviti sosial dalam kalangan belia di Malaysia. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif IM4U, Rudy Malik berkata, program ROCC yang dianjurkan sejak 2013 ini berjaya melibatkan lebih 35,000 belia seluruh Malaysia dalam pelbagai siri perbincangan yang berinspirasikan individu terkemuka dari pelbagai latar belakang.
”Tahun 2017 ini menandakan satu pencapaian yang besar bagi ROCC yang mana penganjuran kali ini memberikan kelebihan apabila berjaya mengumpulkan personaliti terkenal Malaysia dan berkongsi pentas memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelapis generasi masa depan,” katanya. ROCC menampilkan personaliti terkenal tanah air seperti Datuk Jake Abdullah, Azran Osman Rani dan Raja Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow atau nama sebenarnya, Johan Ishak dalam berkongsi inspirasi dan kisah pencapaian membina empayar mereka sendiri. Tidak ketinggalan personality dengan persembahan khas antaranya Awi Rafael, Altimet dan MASDO.
Bagi personaliti Azran Osman Rani peluang sebegini merupakan impian beliau. ROCC ini merupakan platform untuk terus memberikan inspirasi serta mendidik para belia zaman ini dalam program yang agak santai namun sarat dengan maklumat. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd Yunos dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Madyasir Ahmad Basir. ROCC akan diteruskan penjelajahan ke Universiti Utara Malaysia (25 Februari 2017), Politeknik Nilai (4 Mac 2017) dan Politeknik Merlimau (18 Mac 2017).
|