pdf UMP tuan rumah dialog TN50 alam sekitar Popular
By Editor 3 2138 downloads
UMP tuan rumah dialog TN50 alam sekitar.pdf
Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mendapat sambutan ramai apabila disertai lebih 1,000 belia dalam kalangan warga UMP dan institusi pendidikan tinggi sekitar Kuantan dalam program yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang pada 11 Mei 2017 yang lalu. .
Hadir menyampaikan ucaptama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala Naib Canselor UMP, Profesor. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim sebagai moderator program dalam membincangkan elemen alam sekitar bertemakan `Aspirasi Masa Depan Alam sekitar Negara Kita’.
Menurut Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi, golongan belia daripada pelbagai latar belakang bakal mewarisi kepimpinan negara menjadi negara maju pada masa hadapan mengikut acuan negara kita sendiri. Ujarnya program ini bertujuan memberi maklumat mengenai persediaan bagi menghadapi masa hadapan melalaui Transformasi Nasional 2050 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang memenuhi aspirasi penduduknya.
“Menerusi dialog ini juga kita dapat memperolehi pandangan atau aspirasi golongan belia terhadap gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ini turut menggariskan 11 matlamat utama dalam penjagaan Alam sekitar di Malaysia iaitu pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau, pembangunan indeks prestasi alam sekitar Malaysia, menggunakan tabung kemudahan alam sekitar global untuk kemudahan alam sekitar global serta mengukuhkan Akta Kualiti Alam Sekeliling,” katanya.
Selain itu juga antara matlamatnya seperti meningkatkan kualiti air, air laut, udara, melindungi lapisan ozon, pembangunan kesedaran alam sekitar dan indek komitmen dan meningkatkan kesedaran alam sekitar serta perubahan iklim.
Bagi pengurusan air secara berkesan pula, secara purata Malaysia menerima hujan sebanyak 972 bilion Kubik Meter (BCM) setahun yang mana 496 BCM (51%) daripada jumlah tersebut menjadi air permukaaan, 63 BCM (6 %) merupakan recaj air tanah dan 413 BCM (43%) disejat semula ke atmosfera.
Kegunaan utama sumber air di Malaysia ialah bagi tujuan domestik, industri dan pengairan dalam sektor pertanian yang banyak bergantung kepada air permukaan.