PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Duta Besar Jerman teruja pembangunan akademik dan penyelidikan UMP

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman di Malaysia, Nikolaus Von der Wenge Graf Lambsdorff bertempat di UMP Gambang Baru-baru  ini.

Ketibaan delegasi Jerman ini diringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),  Datuk Seri Jebasingam Issace John yang tiba di UMP pada  jam 10.30 pagi disambut oleh Naib Canselor UMP, Prof. Dato Sri  Ts. Dr. Daing  Nasir Ibrahim.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi,  Abd Hamid Majid, Penolong  Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Jamil Ismail, Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Ts. Dr. Muhamad Mat Noor dan Profesor  UMP, Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff.

Tujuan kunjungan tersebut bagi melihat sendiri perkembangan pesat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutamanya di UMP dan beberapa kawasan industri di Pantai Timur.

Menurut Nikolaus, beliau  amat kagum dengan perkembangan akademik dan penyelidikan di UMP terutama dalam Program Dwi Ijazah yang dijalankan menerusi kerjasama  UMP dengan Hochschule Karlsruhe (HsKA) dan  Hochschule Reutlingen (HsR).

Beliau yang merupakan salah seorang ahli German Degree Communication Committee  (GDCC)  akan memberi sokongan dalam  Program Dwi Ijazah yang di jalankan di UMP serta mengharapkan UMP dapat melahirkan tenaga mahir, jurutera dan teknologis untuk Industri.

Dalam pada itu, Prof. Dato Sri  Ts. Dr. Daing Nasir pula berkata amat mengalu-alukan kunjungan ini dan mengharapkan kerjasama antara dua negara ini akan dapat meningkatkan kualiti graduan UMP pada masa akan datang.

Disediakan Nor Salwana Mohd Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC.