PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Sinar harian: Rusa Bintik untuk pelancongan pendidikan

rusabintik
Pekan, 26 Mei- Bagi memastikan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mendapat pengalaman terbaik semasa melanjutkan pelajaran universiti ini, satu program Transformasi Kepimpinan Pelajar Luar Kampus diadakan sebagai menyahut cabaran  mengasah bakat kepimpinan diri pelajar.
Menurut Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Prof. Madya Dr Nubli Abdul Wahab berkata, suasana kehidupan luar kampus  berbeza berbanding kehidupan dalam kampus. Segala kemudahan asas kebiasannya telah tersedia berbanding mereka yang tinggal di luar.
“Mereka yang tinggal di luar kampus pula adakalanya berdepan dengan tahap kemudahan asas yang berada pada tahap yang sangat minimum. Adakalanya keadaan mengurangkan keselesaan pelajar. Apatah lagi sekiranya tiada kesedaran, sifat kepimpinan dan kerjasama yang baik dengan rakan serumah untuk mengurus keselesaan kediaman menyebabkan kediaman tidak terurus dan boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar,” katanya.
Sementara itu, pensyarah Jabatan Softskills PBMSK, Dr. Rohana Hamzah berkata, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu kecerdasan spiritual secara holistik bagi memberi kesedaran tentang kaitan antara kefahaman dan amalan cara hidup beragama seorang manusia yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin di muka bumi ini.
Justeru, mereka yang tinggal di luar kampus perlu dilatih untuk memperkasakan kepimpinan diri dan bertindak melakukan perubahan di atas kesedaran diri sendiri. Cabaran hidup luar kampus boleh dijadikan platform terbaik untuk mengasah dan mengukuhkan kecerdasan spiritual sebagai asas untuk membangunkan kekuatan dalaman dan latihan untuk membangunkan kecerdasan sosial mereka. Latihan dan bimbingan secara holistik mampu membantu pelajar mempersiapkan diri untuk membina kejayaan apabila menceburi dunia kerjaya kelak.  
Dalam program ini pelajar didedahkan dengan jalinan hubungan baik dengan rakan serumah, bagi mengelakkan perselisihan faham selain sama-sama mewujudkan suasana persekitaran rumah yang bersih dan kemas agar menyokong kepada suasana pembelajaran serta menyuntik semangat untuk berjaya. Program berakhir dengan majlis keraian yang berlangsung di Blok WDKU-K01 UMP Gambang yang turut dihadiri Ketua Jabatan Softskills, Dr. Anita Abdul Rani.
 
Disediakan oleh Nurul Ain Fatehah Baharuddin dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC