PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

UMP lonjak pencapaian penyelidikan berimpak tinggi

Kuantan, 28 April- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus meningkat dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi menerusi penerimaan geran penyelidikan sebanyak 865 projek penyelidikan  pada tahun lalu yang dipacu oleh Pusat-pusat Kecemerlangan (COE) yang dilihat proaktif dalam meningkatkan kapasiti bidang nic UMP. 
Antara COE tersebut ialah Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) yang  telah menerima geran Technofund daripada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi hasil  kolaborasinya dengan pihak industri.
 
Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata,  pencapaian jalinan kolaborasi antara UMP dan agensi antarabangsa  juga memperlihatkan pencapaian positif melalui kerjasama dengan dua agensi antarabangsa iaitu Southeast Asian Ministers of Education Organisation  (SEAMEO) dan Qatar National Research Fund (QNRF).
 
“Antara projek yang sedang berjalan ialah Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Kuliah Taffaquh Fiddin (e-TFD) dengan kerjasama Yayasan Pahang, Kajian Penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Kuantan bersama Jabatan Pengairan & Saliran dan Development Of Glutamic Acid And Fluorine Based Ionic Liquid For Solid Scale Dissolution dengan kerjasama Setegap Ventures Petronas Sdn Bhd,” katanya dalam Majlis Cendekia Bitara bagi mengiktiraf warga kerja yang mengungguli bidang kejuruteraan, teknologi dan kreativiti di universiti ini.
 
Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob yang dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Cendekia Bitara 2016, Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusof.  Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus dan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.
 
Ujar Dato’ Dr. Daing, dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan penglibatan universiti awam bagi membantu peningkatan produktiviti swasta, UMP turut menyumbang kepakarannya melalui inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) untuk 10 projek sehingga akhir tahun 2016.
 
UMP juga memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Micromidas Inc, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Sacramento, California, Amerika Syarikat bagi kerjasama dalam pembangunan dan pengkomersialan teknologi penghasilan bahan bioplastik dari sisa pemprosesan kelapa sawit (Palm Oil Mill Effluent – POME). Sebagai sokongan kepada kerjasama tersebut, UMP telah membina jaringan LKPP Corporation Sdn Bhd (LCSB) untuk sebagai pembekal POME dan penyedia tapak projek.
 
Kerjasama dengan Neoputics Inc yang berpangkalan di San Francisco juga memperkukuh sistem sokongan dalam penyelidikan dan pembangunan produk dari sumber herba Malaysia di samping pasaran produk berasaskan herba di Amerika Syarikat.
 
Sementara itu, kerjasamanya dengan Eco 24 Co. Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, Jepun pula berjaya membangunkan teknologi “coating” mesra alam untuk kegunaan tempatan sekaligus membuka potensi yang lebih luas UMP melebarkan jaringannya dengan syarikat-syarikat lain di Jepun.
 
Sebagai memperkukuh ekosistem pengkomersialan, UMP akan memulakan penyelidikan berpandukan teknologi untuk pasaran melalui inisiatif NewCleus Centre yang merupakan pusat penyelidikan berpandukan industri yang diintegrasikan ke dalam ekosistem universiti bagi pembangunan produk sebagai melengkapkan ITECS (Industrial Tehchnology and Engineering Creativity Space) di UMP Pekan.  Syarikat Switch Vehicles Inc. yang berpangkalan di Amerika merupakan rakan kerjasama potensi bagi EV NewCleus Centre yang memfokus kepada pembangunan kenderaan elektrik. EV NewCleus Centre disasarkan sebagai model kejayaan konsep inisiatif NewCleus Centre.
 
Sementara itu, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan berbangga dengan pencapaian UMP dan pihak Kerajaan Negeri  amat berpuas hati dengan peranan yang dimainkan dan sumbangan yang diberikan selain ingin melihat peranan yang lebih proaktif dalam kalangan penyelidik UMP untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam terhadap aspek warisan dan sejarah Pahang yang belum lagi diterokai secara ilmiah.
Dalam majlis ini beliau menyampaikan anugerah kepada seramai 120 penerima termasuklah 83 penerima bagi kategori Penerbitan Jurnal, 12 penerima bagi kategori Produk Penyelidikan, 14 penerima kategori Patent Granted, lima penerima bagi kategori Kualiti dan masing-masing tiga penerima bagi  kategori Geran Antarabangsa dan kategori Kreativiti serta satu kategori Tokoh dalam majlis yang berlangsung di Zenith Hotel Kuantan. 