PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Indahnya Ramadan UDA dan UMP tunai tanggungjawab sosial

Pekan, 12 Jun- UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menunaikan tanggungjawab sosial (CSR) dalam program Indahnya Ramadan dengan menaja juadah berbuka puasa bersama lebih 800 mahasiswa universiti selain menghulurkan sumbangan bagi membantu seramai 20 keluarga asnaf sekitar mukim Kuala Pahang.
Hadir menyampaikan sumbangan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ( UMP), Profesor Dato Dr Daing Nasir Ibrahim dan Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings, Datuk Ahmad Abu Bakar. Dalam majlis ini setiap keluarga hadir menerima sumbangan barangan makanan keperluan yang disumbangkan pihak UDA Holdings dan duit raya sumbangan Persatuan Wanita UMP (Matahari).
Menurut Datuk Seri Dr. Mohd Shafei, pihaknya amat menghargai jalinan kerjasama UMP dan UDA Holdings ini dan sebagai permulaan hubungan melibatkan penganjuran bersama Indahnya Ramadan menerusi program memasak bubur lambuk dengan komuniti Kuala Pahang dan berbuka puasa bersama-sama dengan warga UMP dan keluarga asnaf.
“Program ini merupakan salah satu aktiviti program kemasyarakatan yang dianjurkan secara berterusan sepanjang tahun bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.
Tambahnya, penganjuran program ini adalah cetusan idea kedua-dua pihak dalam usaha meneroka kerjasama bagi merancang pembangunan bercampur. Pada masa ini pihak UDA mempunyai tanah seluas 512 ekar di sekitar penempatan ini dan pihaknya berhasrat membangunkan 145 ekar untuk pembinaan rumah kepada mereka yang berkelayakan. 
Beliau mengharapkan kerjasama ini akan berpanjangan terutamanya dalam usaha membangunkan UMP dengan berkonsepkan  kampus bandar seperti yang terdapat di luar negara.
   
Sementara itu, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir berkata, dalam usaha memasyarakatkan universiti, UMP memperkenalkan inisiatif MyGift yang direkabentuk sebagai sebuah saluran dan platform rasmi sumbangan endowmen kepada UMP bagi maksud tajaan pelajaran, penyediaan prasarana kampus dan pembangunan komuniti.
Katanya, inisiatif ini dimodelkan berdasarkan pengalaman beberapa universiti tempatan dan antarabangsa yang telah pun memiliki institusi endowmen masing-masing serta disesuaikan dengan landskap dan keperluan tempatan di Malaysia.
Setakat ini dana terkumpul MyGift yang sedia berupaya telah dimanfaatkan untuk Endowmen Biasiswa Pelajar bernilai RM 400,000 kepada sepuluh penerima bermula tahun lalu. Begitu juga dengan pemberian Insentif Pendidikan sebanyak RM 1,000 kepada mahasiswa UMP yang kurang berkemampuan pada setiap kali sesi pendaftaran pelajar baharu.
UDA Holdings merupakan salah satu organisasi pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang mampan dan terkemuka di negara ini dan antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembangunan tanah, pengurusan harta dan fasiliti, kompleks beli-belah serta industri hospitaliti.