PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

UMP dan Kelab PERAMAH Raikan Ramadan bersama komuniti Pekan

 

 

Pekan, 5 Jun- Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kelab Program Mesra Dakwah (PERAMAH) mengagihkan sumbangan keperluan asas berupa beras, gula, susu, minyak masak, tepung dan kit kebersihan kepada komuniti di Kg. Serun Pantai di Nenasi Pekan dalam Program Raikan Ramadan `We Love We Care’ bersama PERAMAH baru-baru ini.
Hadir menyampaikan sumbangan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyGift UMP yang juga Penasihat  PERAMAH, Dato’ Mohd. Nizar Dato’ Sri Mohd Najib yang hadir bersama isteri, Datin Nur Sharmila Shaheen. Hadir sama Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan isteri, Datin Fazia Ali serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Setiausaha Kelab PERAMAH, Khairul Anuar Mohd Khalyubi.
Menurut Dato’ Mohd. Nizar, program kerjasama korporat sosial ini dapat membantu masyarakat dan komuniti sekitar kampus terutamanya dalam meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal dan kurang upaya agar mereka dapat menikmati keistimewaan suasana Ramadan dengan berpuasa dan beribadah.
“Menjelangnya bulan yang mulia ini kita berpeluang meraikan Ramadan dengan tidak melupakan orang yang kurang bernasib baik dan dapat memberi semangat dan kesedaran berterusan kepada masyarakat. Kerja amal bersama UMP yang menyediakan persiapan dan menjayakan program ini amat dihargai,” katanya.
Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Daing berkata, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif MyGift yang diperkenalkan dalam memasyarakatkan universiti bersama komuniti setempat. Usaha yang digerakkan kini menampakkan hasil dengan sinergi semua pihak dan komitmen para dermawan dapat terus dilestarikan bukan sahaja terhadap warga universiti malahan dalam kalangan masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan.
Beliau juga berbangga dengan semangat lebih 50 sukarelawan UMP membabitkan kolaborasi bersama staf Jabatan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor, Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dalam menyediakan sumbangan dan memastikan urusan agihan berjalan lancar. 
Seramai 30 penduduk dalam kalangan keluarga miskin, asnaf dan ibu tunggal menerima sumbangan dalam program menjejaki asnaf pada kali ini.
 

                   

Pekan, 5 Jun- Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kelab Program Mesra Dakwah (PERAMAH) mengagihkan sumbangan keperluan asas berupa beras, gula, susu, minyak masak, tepung dan kit kebersihan kepada komuniti di Kg. Serun Pantai di Nenasi Pekan dalam Program Raikan Ramadan `We Love We Care’ bersama PERAMAH baru-baru ini.

Hadir menyampaikan sumbangan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyGift UMP yang juga Penasihat  PERAMAH, Dato’ Mohd. Nizar Dato’ Sri Mohd Najib yang hadir bersama isteri, Datin Nur Sharmila Shaheen. Hadir sama Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan isteri, Datin Fazia Ali serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Setiausaha Kelab PERAMAH, Khairul Anuar Mohd Khalyubi.

                   

Menurut Dato’ Mohd. Nizar, program kerjasama korporat sosial ini dapat membantu masyarakat dan komuniti sekitar kampus terutamanya dalam meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal dan kurang upaya agar mereka dapat menikmati keistimewaan suasana Ramadan dengan berpuasa dan beribadah.

“Menjelangnya bulan yang mulia ini kita berpeluang meraikan Ramadan dengan tidak melupakan orang yang kurang bernasib baik dan dapat memberi semangat dan kesedaran berterusan kepada masyarakat. Kerja amal bersama UMP yang menyediakan persiapan dan menjayakan program ini amat dihargai,” katanya.

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Daing berkata, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif MyGift yang diperkenalkan dalam memasyarakatkan universiti bersama komuniti setempat. Usaha yang digerakkan kini menampakkan hasil dengan sinergi semua pihak dan komitmen para dermawan dapat terus dilestarikan bukan sahaja terhadap warga universiti malahan dalam kalangan masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan.

                   

Beliau juga berbangga dengan semangat lebih 50 sukarelawan UMP membabitkan kolaborasi bersama staf Jabatan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor, Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dalam menyediakan sumbangan dan memastikan urusan agihan berjalan lancar. Seramai 30 penduduk dalam kalangan keluarga miskin, asnaf dan ibu tunggal menerima sumbangan dalam program menjejaki asnaf pada kali ini.