Penyelidikan FSKKP sumbang 3 pingat emas dalam ITEX
Kuantan, 12 Mei- Penyelidik Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) menyumbang pingat emas terbanyak apabila meraih tiga pingat emas hasil kejayaan Dr. Md Arafatur Rahman dengan hasi penyelidikan IOT Enabled Relay Network for Designing an Energy Efficient Highway Lighting System, Dr. Abdul Rahman Ahmed Mohamed Al-Sewari dengan penyelidikan Intelligent IOT test list generator dan Dr. Md Saiful Azad dengan penyelidikannya Vibration-and-pattern (VAP) code : a smart and secure authentication sceme.
Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar kejayaan manis apabila meraih pencapaian dengan meraih sembilan pingat emas, lima belas pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa (ITEX) 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Dua pingat emas diraih dari Fakutli Sains & Teknologi Industri (FSTI) iaitu Dr. Essam Abdellatiff Makky Saleh dengan penyelidikan My-Care : 3N1 Oral Hygiene dan Dr Natanamurugaraj Govindan dengan penyelidikan Nano mouthwash from Commelina Nudiflora : as oral Hygiene.
Seterusnya pingat emas disumbangkan oleh Dr. Norazura Ismail dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang memenangi produk penyelidikan Novel Dust Explosion Database (UMP-DEX) for accident Prevention dan Prof. Dr. Md Mustafizur Rahman menerusi penyelidikan water-ethylene glycol based hybrid (TIO2 and ZNO) Nano-Coolant for sustainable green machining dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Pingat emas turut dimenangi Dr. Shahryar Sorooshian menerusi penyelidikan E4SE : Engine for smaller Enterprises dari Fakulti Pengurusan Industri dan Yong Ying Mei dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) menerusi penyelidikan yang bertajuk Mandarin For All.
Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama universiti. Ianya satu pencapaian yang memberansangkan dan memperkukuhkan keyakinan terhadap hasil ciptaan penyelidik UMP yang ternyata diiktiraf serta dimanfaatkan.
ITEX 2017 merupakan anjuran pertubuhan Rekacipta dan Rekaan Malaysia (MINDS) yang telah disertai lebih 1,000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara. Selain Malaysia, antara negara yang menyertai seperti Indonesia, Taiwan, Korea, Iran, Thailand, Kuwait, Poland dan Bahrain. Pada masa yang sama booth UMP turut memenangi booth terbaik dalam pameran ITEX 2017 tersebut.
Kuantan, 12 Mei- Penyelidik Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) menyumbang pingat emas terbanyak apabila meraih tiga pingat emas hasil kejayaan Dr. Md Arafatur Rahman dengan hasi penyelidikan IOT Enabled Relay Network for Designing an Energy Efficient Highway Lighting System, Dr. Abdul Rahman Ahmed Mohamed Al-Sewari dengan penyelidikan Intelligent IOT test list generator dan Dr. Md Saiful Azad dengan penyelidikannya Vibration-and-pattern (VAP) code : a smart and secure authentication sceme. Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar kejayaan manis apabila meraih pencapaian dengan meraih sembilan pingat emas, lima belas pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa (ITEX) 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Dua pingat emas diraih dari Fakutli Sains & Teknologi Industri (FSTI) iaitu Dr. Essam Abdellatiff Makky Saleh dengan penyelidikan My-Care : 3N1 Oral Hygiene dan Dr Natanamurugaraj Govindan dengan penyelidikan Nano mouthwash from Commelina Nudiflora : as oral Hygiene. Seterusnya pingat emas disumbangkan oleh Dr. Norazura Ismail dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang memenangi produk penyelidikan Novel Dust Explosion Database (UMP-DEX) for accident Prevention dan Prof. Dr. Md Mustafizur Rahman menerusi penyelidikan water-ethylene glycol based hybrid (TIO2 and ZNO) Nano-Coolant for sustainable green machining dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Pingat emas turut dimenangi Dr. Shahryar Sorooshian menerusi penyelidikan E4SE : Engine for smaller Enterprises dari Fakulti Pengurusan Industri dan Yong Ying Mei dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) menerusi penyelidikan yang bertajuk Mandarin For All. Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama universiti. Ianya satu pencapaian yang memberansangkan dan memperkukuhkan keyakinan terhadap hasil ciptaan penyelidik UMP yang ternyata diiktiraf serta dimanfaatkan. ITEX 2017 merupakan anjuran pertubuhan Rekacipta dan Rekaan Malaysia (MINDS) yang telah disertai lebih 1,000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara. Selain Malaysia, antara negara yang menyertai seperti Indonesia, Taiwan, Korea, Iran, Thailand, Kuwait, Poland dan Bahrain. Pada masa yang sama booth UMP turut memenangi booth terbaik dalam pameran ITEX 2017 tersebut. |