PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Boling UMP bersama media erat hubungan baik

Kuantan, 7 April- Seramai 150 orang hadir dalam program boling bersama Media anjuran Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kelab Media Pahang dan UMP Advanced Education yang berlangsung di Mega Lane Kuantan baru-baru ini. Hadir memeriahkan program Naib Canselor UMP, Prof. Dato Dr Daing Nasir Ibrahim, Presiden Kelab Media Pahang, Dato Nik Naizi Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Mohamad Rozi Hassan. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato Dr Yuserrie Zainuddin dan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.
Menurut Dato Dr Daing Nasir, program ini dapat merapatkan hubungan baik dengan pengamal media dalam program santai selain beriadah dalam menyokong gaya hidup sihat yang giat dijalankan di universiti ini.
"UMP amat menghargai golongan media yang banyak membuat liputan setiap aktiviti yang dijalankan termasuklah pencapaian dalam penyelidikan dan kecemerlangan warganya. Program pada malam ini adalah untuk bertemu dan mengeratkan ​lagi hubungan sesama kita ​selain dapat bertanya khabar. ​Selain itu, saya juga sentiasa mencari ruang untuk menganjurkan ​aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan pengurusan universiti ​dengan warga media," katanya.
Tambah beliau, dengan publisiti dan liputan meluas yang telah ​diberikan oleh pihak media selama tempoh tersebut, masyarakat ​awam kini telah mengenali UMP dan mengetahui peranannya ​dalam melahirkan jurutera dan teknologi yang berdaya saing. Selain itu, UMP ​sangat berbesar hati mendapat kerjasama yang tidak berbelah bagi ​daripada pihak agensi media.
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan universiti, UMP  memperkenalkan Program ​MyGift UMP yang merupakan Endowmen atau tabungan yang ​dikumpul bagi menyokong usaha  ​yang membolehkan aktiviti ​kelimuan berkembang dengan pesat serta menyuburkan ​budaya ​cintakan ilmu. Begitu juga dengan inisiatif penghijauan kampus dan ​universiti komuniti serta merancakkan aktiviti dalam memasyarakatkan teknologi membabitkan UMP bersama komuniti.
Lebih 15 agensi media hadir memeriahkan program boling pada kali ini termasuklah Ketua Biro Berita Harian, Abd. Razak Raaf, Utusan Malaysia, Mohd. Shahriza Abdullah, Bernama, Nor Shamsiah Mohamed dan Sinar Harian, Nik Nor Amirul Mu’min.