PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

UMP Sambut Hari Memperingati AIDS Sedunia

Kuantan,20 Mei- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang. Program turut mendapat sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Majlis AIDS Malaysia dan Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan Perwakilan Kolej Kediaman 2 UMP yang berlangsung dalam suasana meriah baru-baru ini.
                          
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato’ Norol Azali Sulaiman bertempat di Dewan Astaka UMP Gambang. Program disertai lebih 500 pelajar UMP termasuk beberapa peserta daripada sekolah sekitar Kuantan yang menyertai pelbagai  aktiviti sepanjang program berlangsung.
 
Dalam ucapannya, Dato’ Norol Azali menyeru agar semua pihak berganding bahu dan berpikiran positif menangani masalah penyakit AIDS ini. Ujarnya, kerajaan amat prihatin dengan menangani masalah ini.
 
”Bukan sekadar menyelesaikan masalah pengidap penyakit AIDS malah turut menangani masalah untuk mengelakkan daripada penyakit AIDS ini dari terus merebak kepada masyarakat tanpa mengira bangsa.  Justeru, janganlah kita mengabaikan hubungan kasih sayang bersama keluarga sehingga menyebabkan kita menyesal di kemudian hari,” katanya.
 
Tambahnya lagi, satu senjata paling ampuh dari segi sosialogi berpunca daripada konflik jiwa dan kasih sayang. Beliau turut menasihatkan agar masyarakat sentiasa memastikan hubungan kekeluargaan mengikut landasan yang benar.
 
Manakala Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim pula  berkata, UMP amat berbesar hati kerana dipilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia pada tahun ini.
 
Ujarnya UMP sentiasa sedia dan proaktif berperanan dalam aspek pembangunan masyarakat dalam pelbagai inisiatif. Dengan penglibatan ini dapat menjadikan ianya sebahagian daripada sumbangan konstruktifnya dalam inisiatif advokasi sosial yang mengisi agenda Universiti Komuniti yang sedang digerakkan di UMP.
 
Tambahnya, selaras dengan tema `Perpaduan Ke Arah Sifar HIV’ ini turut memperingatkan kita mengenai keperluan sinergi yang berterusan dalam kalangan pelbagai pihak untuk menangani ancaman HIV dalam masyarakat.
 
“Saya dapat merasakan pendekatan kreatif yang digunakan oleh pihak penganjur ini berjaya menarik minat para mahasiswa dan generasi muda untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang hari ini,” katanya.
 
Beliau percaya hasil utama yang dihasratkan daripada aktiviti-aktiviti pengisian tersebut ialah maklumat yang tepat, kesedaran mendalam dan pendidikan kesihatan mengenai HIV dan AIDS di kalangan kumpulan sasaran khususbya mahasiswa dan generasi muda untuk mengelakkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang merisikokan mereka dariapda jangkitan HIV.
 
Bagi pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Humaira Lebai Idris, 16, berpendapat program ini banyak memberi informasi mengenai beberapa perkara yang kadang kala terkeliru tentang AIDS serta perbezaan di antara HIV dan AIDS.
 
Pelbagai aktiviti menarik yang diaturkan sepanjang program ini antaranya seperti  program ”Walk 10,000 Step to End HIV, ceramah mengenai HIV: Getting to Zero yang disampaikan oleh Dr. Sharifah Mahani Syed Mahar Affandy dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan persembahan daripada artis terkenal iaitu Najwa Latif. Turut berlangsung, forum bertajuk `Jangan Cuba-cuba, Teater HIV : I’M P+ dan berakhir dengan bacaan Yaasin dan Tahlil beramai-ramai.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 24-05-2017, 10:13:14