PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

UMP dan BH serah wakaf dilengkapi lampu solar LED berteknologi hijau untuk kelestarian sekolah

Kuantan, 25 Mei- Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Berita Harian (BH) hari ini menunaikan tanggungjawab sosial dengan menyumbang sebuah wakaf yang dilengkapi dengan lampu solar LED berteknologi hijau untuk dimanfaatkan warga SMK Sungai Soi yang terpilih antara enam sekolah di Malaysia yang tersenarai menerima manfaat ini bersempena Sambutan Ulang Tahun BH ke-60 pada tahun ini.
 
Dalam pada itu bagi pelaksanaan projek solar di sekolah ini, elemen teknologi penjimatan tenaga dapat diaplikasikan dengan penggunaan solar sistem dan teknologi LED untuk bekalan elektrik di wakaf. Pemasangan solar panel berkapasiti 20W, 12V ini lengkapi dengan sistem untuk mengecas bateri 12V 7.2AH dan menyalakan lampu LED 18W bagi kegunaan wakaf yang beroperasi mulai dari terbenam matahari sehingga terbit fajar. Lebih menarik sistem ini juga boleh dinaik taraf bagi kegunaan mengecas telefon dan kegunaan elektrik yang lain pada masa hadapan.
 
Majlis serahan disampaikan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Badrulhisham Othman bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Dato Dr Rosli Mohd Yunos kepada Pengetua SMK Sungai Soi, Haji Mahadzir Hanafiah. 
Hadir sama  Timbalan Pegawai Daerah Kuantan, Haji Yaakob Zaidin, Ketua Pegawai Eksekutif, UMP Advanced Education, Mohamad Rozi Hassan, Pengarah Pusat Akademik dan Kerjaya Jerman (GACC), Dr. Muhamad Mat Noor, Ketua Biro Berita Harian Pahang, Abd. Razak Raaf, Pengurus Besar Jabatan Sosio Ekonomi dan Projek Khas UMP ECER, Zainal Bahari dan Guru Bahasa Jabatan Kemahiran Insaniah, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Jamilah Bebe Mohamad.
 
Menurut Profesor Dato Dr Rosli,   hubungan kerjasama ini membolehkan Universiti ini berperanan secara lebih konstruktif dalam merealisasikan Pelan Strategik UMP 2016-2020 dengan tema `Memasyarakatkan Teknologi’ yang dilaksanakan dengan mengaplikasikan kemahiran dan kepakaran ke lapangan yang dapat dimanfaatkan komuniti setempat.
 
“Menjadi hasrat UMP untuk merakyatkan kewujudannya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada penawaran program-program akademik arus perdana, tetapi juga mampu berperanan sebagai sebuah institusi sosial yang menjadi pemangkin peningkatan literasi pengetahuan dan kemahiran untuk anggota masyarakat yang lain.
 
“Pada kali ini pemasangan Projek Sistem Solar turut   dilaksanakan di sekolah ini  sebagai menyokong teknologi hijau bagi memastikan bekalan elektrik secara berterusan dan mengurangkan        kesan rumah hijau daripada penghasilan karbon dioksida yang boleh menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Bagi pelaksanaan projek solar di sekolah ini, elemen teknologi penjimatan tenaga telah diaplikasikan yang mana penggunaan solar sistem dan teknologi        LED    untuk bekalan elektrik di wakaf,” katanya.
 
Ujarnya, baru-baru ini pihak Fakulti Sains dan Teknologi Industri di UMP   turut mengadakan program khidmat sosial bertemakan `Lighting Up the   Community’ dengan pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji       Ahmad Shah (SEMSAS) yang dapat memberi peluang Orkestra Jasa Winds mengadakan latihan di kawasan sekolah pada waktu malam malah dapat  berkongsi ilmu dengn para pelajar tentang teknologi fotovoltaik serta mempromosikan teknologi hijau di peringkat sekolah.
 
Selain itu, kolaborasi ini juga mendapat sokongan daripada pihak Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UMP Advanced Education apabila sekolah ini turut terlibat  program empower ECER sejak tahun 2015 dengan  seramai 30 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan 30 pelajar SPM terpilih mengikuti program Latihan Kemahiran Akademik empower ECER. Pada hari ini juga seramai 60 orang pelajar ini akan mengikuti program empower SMART yang dikendalikan oleh pensyarah dan pelajar UMP.  
 
Sementara tu, menurut Mohamad Rozi, sehingga kini, seramai lebih 7,438 peserta Latihan Kemahiran Akademik dan 500 peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan, menjadikan jumlah keseluruhan 7,938 peserta yang telah dan sedang mengikuti program empower ECER di daerah Pekan, Kuantan dan Bera dari tahun 2012 sehingga tahun 2017. Pelajar ini akan melalui 7 modul latihan yang telah disusun oleh pihak UMP menerusi UMP Advanced Education yang telah diberi peranan dan tanggungjawab mengendalikan sepenuhnya latihan tersebut dengan menggabungkan kepakaran UMP, pensyarah, pengajar serta mahasiswa termasuk persatuan pelajar dan kakitangan UMP. Antara modul latihan tersebut adalah empower Boot Camp, empower Q-Gen, empower SMART (Science, Mathematic, Research &           Technology), empower GIGvaganza (Get Into Grammar), empower Outreach, empower Edu-Tour dan empower V.A.K (Visual, Audio & Kinesthetic).
 
Turut berlangsung juga juga seramai 20 pelajar program dwiijazah UMP-HsKA Jerman mengadakan ‘Water Rocket Workshop’ bersama 100 pelajar sekolah dalam memupuk minat dan penglibatan para pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Matematik, Teknologi serta Kejuruteraan. Peserta diajar untuk membina roket air berlandaskan prinsip asas    pembinaan sesebuah roket yang melibatkan konsep sains fizik yang mudah seperti konsep mengenai tekanan dan aerodinamik yang dicipta sendiri mengikut bentuk roket yang mereka kehendaki.  
 
Program dianjurkan Jabatan Kemahiran Insaniah PBMSK dengan kerjasama GACC dalam usaha menerapkan konsep kemahiran terhadap penyelesaian masalah, bekerjasama dan kepimpinan malah mereka dikehendaki mempraktikkan semua elemen ini dalam menjalankan tugasan. Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar UMP untuk berkongsi pengetahuan serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta komuniti luar.

Posted By : NUR LAILA BINTI AFANDI Date Posted : 26-05-2017, 09:31:24