PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Kompetensi nilai teras untuk P4P

Kompetensi nilai teras untuk P4P

 

 

Pekan, 1 Jun - Pembentukan nilai-nilai teras membentuk hala tuju yang seiring dengan pelan strategik organisasi ke arah kecemerlangan organisasi.  Dalam usaha ini, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Bengkel Nilai Teras yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan.
Bengkel ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta membabitkan pihak pengurusan tertinggi universiti, dekan-dekan fakulti, pengarah pusat kecemerlangan dan ketua pusat tanggungjawab. 
Menurut Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid, pelaksanaan program ini adalah selari dengan Pelan Strategik UMP 2016 – 2020 serta kaitannya dengan kepentingan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang menyokong pelaksanaan kaedah  Pay for Performance (P4P) yang sedang dilaksanakan di universiti ini.
“Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk melihat kembali nilai teras  universiti di samping mengenal pasti kompentensi yang diperlukan oleh staf UMP dalam menonjolkan nilai teras yang disarankan tersebut,” katanya.
Selain itu, staf tidak hanya dinilai berdasarkan KPI semata-mata, namun turut diberi ganjaran sekiranya mempamerkan kompetensi nilai teras yang dapat mencerminkan identiti staf UMP yang cemerlang.
Bengkel dikendalikan oleh konsultan berpengalaman iaitu G.Karuna Pillay dan Adida Datuk Yang Amri dari TruCAT Sdn Bhd. Program turut dihadiri Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim.   
Disediakan oleh Muhamad Nizam Semail dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat.

Pekan, 1 Jun - Pembentukan nilai-nilai teras membentuk hala tuju yang seiring dengan pelan strategik organisasi ke arah kecemerlangan organisasi.  Dalam usaha ini, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Bengkel Nilai Teras yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan.

Bengkel ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta membabitkan pihak pengurusan tertinggi universiti, dekan-dekan fakulti, pengarah pusat kecemerlangan dan ketua pusat tanggungjawab. 

Menurut Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid, pelaksanaan program ini adalah selari dengan Pelan Strategik UMP 2016 – 2020 serta kaitannya dengan kepentingan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang menyokong pelaksanaan kaedah  Pay for Performance (P4P) yang sedang dilaksanakan di universiti ini.

 

“Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk melihat kembali nilai teras  universiti di samping mengenal pasti kompentensi yang diperlukan oleh staf UMP dalam menonjolkan nilai teras yang disarankan tersebut,” katanya. Selain itu, staf tidak hanya dinilai berdasarkan KPI semata-mata, namun turut diberi ganjaran sekiranya mempamerkan kompetensi nilai teras yang dapat mencerminkan identiti staf UMP yang cemerlang.

Setakat ini P4P sedang dijalankan melibatkan beberapa jabatan sebagai pilot test antaranya melibatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Jabatan Pendaftar, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi dan  Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Kualiti. Bengkel dikendalikan oleh konsultan berpengalaman iaitu G.Karuna Pillay dan Adida Datuk Yang Amri dari TruCAT Sdn Bhd. Program turut dihadiri Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim.