PBP: Alat atau matlamat?
Disediakan oleh :
Encik Mohd Shafie Bakar
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Eletronik (FKEE)
Universiti Malaysia Pahang
Pengenalan
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP); satu alat atau matlamat? Satu persoalan yang menarik, namun tidak pasti menarik untuk anda yang membaca. Sebagai pendidik, PBP sepatutnya menjadi kebiasaan. Professor Baharuddin Aris pernah menyatakan persoalan utama terhadap PBP ialah:
“Will students learning experiences be memorable when they are provided with meaningful and interactive learning experiences among students?”
Ini satu lagi persoalan yang menarik di mana pendidik perlu prihatin apakah dan bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar-pelajar boleh diingati semula dan dimanfaatkan kepada rakan sekelas mereka. Melalui kefahaman inilalah satu kepercayaan berpendapat bahawa PBP memang satu alat dan bukan matlamat. Tetapi kepercayaan menyatakan alat yg baik tanpa matlamat yang jelas tidak akan menghasilkan pencapaian yg hebat. Begitu juga tanpa alat yg baik matlamat yang jelas akan menyebabkan proses pembelajaran yang bosan & perlahan dan seterusnya menurukan prestasi. Justeru, kedua-duanya penting sepanjang. proses pengajaran & pembelajaran (PDP).
Pernah satu peristiwa berlaku ketika seorang calon menghadiri temubual di Kolej Universiti kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM), Rektor yang pertama bertanya, “Sila sebutkan buku yang anda baca?” Dengan bangganya calon menjawab, “Buku mikropemproses, digital elektronik dan pengaturcaraan komputer…” Rektor membalas,” Buku teknikal memang anda kena baca, maksud saya buku yang bukan teknikal.” Calon membisu. Apabila diterima bekerja, calon berkesempatan berjumpa dengan Rektor tersebut dan bertanya kepada beliau apakah rasional di sebalik soalan tersebut. Dia menjawab dengan jika staf akademik yang diambil tidak mementingkan nilai ilmu, mana mungkin KUKTEM boleh melahirkan insan apatah lagi jurutera. Tanda aras terhadap kepentingan ilmu ialah dengan membaca.
Apakah kaitan kepentingan ilmu terhadap PBP? Sebagai pendidik, menghargai bahawa PBP bukanlah sekadar mengajar di dalam kelas adalah satu kepercayaan yang perlu ditanam dalam jiwa. Ia merangkumi pelbagai dimensi seperti yang termaktub dalam konsep PBP yg antara lain menyatakan hasil pembelajaran boleh diperolehi daripada pertemuan bersemuka dengan pensyarah, diskusi atas talian, pembelajaran berasaskan masalah dan perbincangan aktif dalam kumpulan.
Ada banyak cara utk melaksanakan PBP dan kelaziman yang diamalkan ialah sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan.
Sebelum
Sememangnya apa sahaja ilmu adalah milik Allah SWT, maka Dialah penunjuk dan pembuka segala gedung pengalaman dan ilmu. Justeru sebelum melaksanakan PBP berikut beberapa cadangan yang boleh dipraktikan:
- Membaca surah Alfatihah dalam perjalanan ke kelas – Suasana ini berupaya untuk diri pendidik mendapat kekuatan yang luar biasa mengendalikan PBP. Bila kita terlupa membacanya, boleh terlihat keadaan emosi yang tidak terurus.
- Menyediakan idea untuk set induksi melalui tayangan video yang bersesuaian.
- Menyediakan akronim yang mudah utk subjek berkaitan.
- Mendapatkan latarbelakang ringkas pelajar. UMP mempunyai information management system (IMS) bagi pensyarah utk mendapatkan maklumat tersebut dengan mudah seperti nilai cumulative point average (CPA) pelajar dan nama penasihat akademik pelajar. Maklumat yang ringkas ini sudah memadai untuk menjangkakan penerimaan pelajar terhadap pelaksanaan PBP di dalam kelas.
Semasa
Di antara aktiviti yang boleh juga dipraktikan semasa PBP ialah:
- Pelajar dimotivasikan dengan melihat kepada material yang dibekalkan. Mereka akan digalakkan untuk memberi komen, kritikan dan mencari kesalahan dalam material berkenaan secara bersendirian utk tempoh 2-3 minit.
- Seterusnya pelajar akan berkongsi dengan rakan bersebelahan dan mengenalpasti dapatan masing-masing. Dlm tempoh 5 minit sesi perbincangan tersebut, pendidik melaksanakan soalan provokasi.
- Kemudian pelajar akan membentangkan hasil dapatan mereka secara berkumpulan menggunakan perisian atas talian seperti Padlet yang juga dipaparkan kepada keseluruhan kelas. Setiap kumpulan cuma dibenarkan utk mengemukakan hasil dapatan yang berbeza dan pendidik memberikan ulasan terhadap sesi pembentangan yg dijalankan. Kesilapan besar pendidik ialah tidak memberikan maklumbalas. Jangan takut memberikan maklumbalas apabila menlakukan aktiviti PBP.
Selepas
Langkah berikutnya ialah bagaimana pendidik harus melihat PBP selepas kelas: Setiap sesi PBP seharusnya diakhiri dengan sesi penutup seperti berikut:
- Mewujudkan suasana pembelajaran secara berkumpulan melalui agihan ahli kumpulan pelajar dari pelbagai faktor. Faktor CPA boleh diambil kira. Kumpulan yang baik akan datang bersama di luar waktu kelas untuk membincang dapatan mereka. Pendidik harus percaya PBP seama mereka berlaku sebelum mereka datang berjumpa. Suasana ini juga berlaku semasa sesi PDP berlangsung.
- Dalam pembelajaran secara aktif (active learning)terdpt satu elemen yang perlu dipraktikan oleh pendidik iaitu sesi reflektif (reflective session) bersama rakan sekerja. Pendidik wajar selalu bercerita dan bertukar idea bagaimana melaksanakan PBP di dalam kelas. Jika perlu adegan atau simulasi tersendiri berkaitan PBP boleh dibuat. Simulasi dan diskusi tersebut tidak terbatas dalam perbincangan secara rasmi sahaja. Pada masa yg sama kekuatan teknik pengajaran secara berkumpulan (team-teaching) juga banyak membantu dalam meningkatkan mutu PBP seseorang pendidik.
Penutup
Mempraktikan PBP lebih mencabar dari menulis satu artikel berkenaan PBP. Namun dalam lipatan sejarah Islam, PBP telah dimulakan lama dahulu lagi sejak zaman baginda Nabi Muhamad SAW. Jika kita melihat hadis-hadis Nabis, ramai para sahabat memulakannya dengan pertanyaan sesama mereka. Kemudian barulah Nabi akan memberikan ulasan terhadap satu-satu isu yang dikemukakan. Begitu juga dengan sifat Nabi yang selalu bertanyakan soalan. Sesi soal-jawab inilah yang sepatutnya digunakan dalam PBP agar matlamat PBP untuk menggalakkan proses pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) bagi meningkatkan nilai ilmu. Ini semua adalah titik tolak untuk mendidik generasi-Z kerana gaya pembelajaran mereka adalah berbeza.
Pernahkah kita mendengar bahawa yang penting dalam pembelajaran bukannya kejayaan tetapi bagaimana pembelajaran boleh memberikan nilai dalam kehidupan. Dengan nilai yang baik kita bukan dapat membina satu tamadun yang baik tapi dapat meninggalkan legasi yang baik. Selamat berPBP.