PNC - Official Portal

VICE-CHANCELLOR OFFICE

Pengurusan Infrastruktur Warnai Lanskap Program Fakulti Teknologi Kejuruteraan Di Universiti Malaysia Pahang

affendy

Disediakan oleh:
Mohammad Affendy Omardin
Pensyarah
Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) 

Kemajuan infrastruktur dibina di Malaysia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Infrastruktur adalah terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu infrastruktur pengangkutan, infrastruktur bangunan, infrastruktur komunikasi, infrastruktur kemudahan rekreasi dan infrastruktur sistem saliran. Infrastruktur adalah sebahagian daripada milik orang awam.  Kepesatan pembinaan infrastruktur saban hari timbul pula persoalan bagaimana dan siapa yang akan menguruskannya.Aspek infrastruktur yang diurus dengan sempurna merupakan satu keperluan asas kepada komuniti dari pelbagai golongan untuk menjalankan aktiviti harian mereka dengan selesa. Menerusi infrastruktur yang diuruskan dengan baik akan dapat mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni seterusnya membentuk satu bandar yang selamat untuk dihuni.

Pengurusan infrastuktur merupakan program pembelajaran yang menerapkan pengurusan dan mewarnai lanskap teknologi kejuruteraan.Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini menawarkan program Sarjana Muda Pengurusan Infrastruktur dengan kepujian atau dikenali dengan Bachelor Of Engineering Technology (Infrastructure Management) With Honours dimana merupakan Universiti Awam yang ulung menawarkan program sedemikian. Ini menjadkan ianya sebagai program baharu bagi melonjakkan pengurusan infrastuktur dinegara ini. Sejajar itu ianya menjadikan program ini sebagai satu program yang lestari dan inovatif. Kumpulan sasaran terutama lulusan diploma, STPM dan lulusan bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan calon-calon yang berpotensi menceburi program tersebut. Ini membuka peluang menerokai bidang teknologi kejuruteraan bagi menentukan hala tuju pengajian mereka.

Pengurusan infrastruktur mengetengahkan pengurusan dalam bidang infrastruktur. Ianya mengangkat peranan para teknologi kearah bidang baharu dan berperanan agar program ini lebih berdaya saing dengan bidang kejuruteraan yang selama ini menjadi pilihan lepasan sekolah. Program infrastruktur di UMP berteraskan teknologi dan pengetahuan teknikal mewujudkan kemahiran berfikir dan kemahiran menggunakan peralatan berteknologi terkini serta mempraktikkan seperti dilapangan industri. Aplikasi simulasi bidang pengurusan infrastruktur menerusi pembelajaran didalam kuliah dan gerak kerja berlandaskan pemerhatian di lapangan menjadikan pelajar lebih berkemahiran berfikir. Pembelajaran sedemikian menjadikan sebagai satu persediaan sebelum pelajar melangkah bagi penempatan industri. Disamping itu khidmat pensyarah-pensyarah dalaman berkelulusan dari dalam dan luar negara menjadikan program ini mampu melahirkan graduan yang berpemikiran terbuka.

Program ini diwujudkan adalah untuk dimanfaatkan oleh komuniti, industri dan kerajaan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi tempatan. Penubuhan bidang pengurusan infrastruktur dapat membantu mengukuhkan infrastruktur sebagai sebuah aset yang berkepentingan global. Pendekatan program ini dijayakan dengan suasana kampus, fasiliti, kaedah pembelajaran,budaya inovasi dan menyertai aktiviti komuniti bersama pelajar-pelajar program infrastruktur. Program ini turut menjayakan aktiviti lawatan ke industri dan perkongsian bersama penceramah jemputan industri luar.

Program pembelajaran yang menerapkan pengurusan infrastruktur disamping menguruskan penyelenggaraan infrastruktur. Bagi memantapkan lagi program tersebut, penempatan  pelajar-pelajar ke negara di Timurtengah dimana pelajar-pelajar tersebut berkongsi pengalaman teknologi luar negara. Program penempatan pelajar ke luar negara memperkasakan aspek pengalaman pembelajaran pelajar dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan program pengurusan infrastruktur. Penyertaan pelajar di luar negara memperkukuhkan lagi penghayatan pelajar terhadap aspek budaya, sosial dan sistem pengajian, rakan baharu dan bertindak selaku duta kecil UMP bagi mempromosikan Malaysia pada peringkat dunia.

Bidang pengurusan infrastruktur ini akan menjadi pemangkin pembaharuan bidang teknologi kejuruteraan berasaskan pengetahuan teknikal dan inovasi, membudayakan penemuan ilmu baharu, mengenalpasti teknologi terkini yang dapat diterokai untuk kesejahteraan dan kelestarian komuniti setempat. Ini juga bertujuan merealisaikan hasrat kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara untuk mencapai aspirasi Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sejajar dengan peranan UMP sebagai universiti teknikal di bawah Malaysian Technical University (MTUN), menjadikannya UMP diyakini mampu terbang tinggi serta semakin mendapat tempat dalam kalangan penuntut yang ingin meneruskan pengajian mereka.